Rabu, 15 Januari 2014

Kajian Kes: Penyalahgunaan Dadah Inhalasi (Gam)......telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2013

 CATATAN KAJIAN;

Ruangan jenayah Utusan Malaysia bertarikh 13 Mei 2011 telah melaporkan bahawa “Bapa ditikam gara-gara halang hidu gam” sebagai laporan utama. Peristiwa ini telah berlaku di Kota Bharu, Kelantan dimana seorang pemuda dipercayai sedang khayal bertindak menikam bapanya dengan pisau. Dalam kejadian pukul 5.30 petang, lelaki berusia 28 tahun itu turut mencederakan abangnya yang cuba menghalang suspek daripada terus menikam bapanya. (Bernama, 2011).
Peribahasa melayu menyebutkan “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”. Inilah ungkapan yang paling tepat untuk memberikan gambaran tentang gejala penyalahgunaan dadah seperti pil kuda, heroin, morfin, hidu gam dan lain-lain. Sewajarnya, penagih perlu insaf dan sedar akan kesan buruk dan komplikasi mengambil dadah. Oleh itu, mereka perlu kembali ke panggal jalan sebelum berlaku implikasi seperti kematian.
Oleh itu, kajian kes ini disediakan untuk menjelaskan tentang kesan penyalahgunaan dadah terhadap penagih.  Ia bagi memenuhi keperluan subjek ABD 7013: Farmakologi Dadah yang sedang diambil bagi melayakkan penulis memperolehi Diploma Kaunseling Dalam Penyalahgunaan Dadah dan Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah).
Kajian kes ini telah ditulis dan disusun berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil temubual dengan seorang penagih dadah remaja. Sesi temubual ini telah dijalankan ketika lawatan penulis ke pusat pemulihan dadah.
Syukur kepada Allah, sepanjang temubual dijalankan, penagih dadah (subjek) telah memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan saya melengkapkan kajian ini. Di samping itu, subjek juga berkongsi kisah suka duka dan pengalaman beliau sepanjang bergelar penagih dadah dengan penuh rasa menyesal dan bersalah. Subjek juga memberikan jaminan akan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi penyalahgunaan dadah ini biarpun segala rintangan mendatang. Ini kerana, subjek sudah berada di fasa terakhir untuk menamatkan tempoh rawatan di pusat ini (tempat kajian).
Oleh itu, subjek mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak agar dapat membantu beliau memulakan hidup baru. Subjek tertarik dan berminat serta menjadikan mutiara kata berikut sebagai azimat untuk dirinya berjaya; “Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan”. Oleh itu, subjek sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk berubah walaupun  memori hitam pernah dilaluinya. Bagi beliau, biarlah mencuba berubah daripada terus hanyut di mamah dunia. Dengan itu, subjek akan meneruskan kecemerlangan berada di Pusat Pemulihan tersebut ketika menempuh hidup sebenar di dunia luar.
Semoga, kajian ini bukan sekadar memenuhi tuntutan subjek malahan memberi gambaran yang jelas tentang kesan buruk dadah terutama perbuatan menghidu gam khasnya dari aspek farmakologi.

1.0  JENIS DADAH YANG DISALAHGUNA

            Seperti yang telah diketahui, subjek saya untuk kajian kes kedua ini telah menyalahgunakan penggunaan gam. Gam adalah merupakan agen inhalasi yang tergolong dalam kelas dadah dalam bentuk gas atau wap yang disalah guna secara inhalasi. Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap yang menghasilkan gas pada suhu bilik. Agen inhalasi merupakan barangan biasa yang digunakan seperti gam, petrol, klorofom, pemetik butana dan lain-lain. (Kamisah Yusof, 2011).
            Gam mengandungi bahan organik atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene. Bahan ini boleh menyebabkan jantung menjadi tidak stabil kerana merupakan toksid.  (Hazman Seli, 2003)
Berdasarkan pencarian dan pembacaan, di Malaysia, dadah inhalasi ini banyak disalahgunakan oleh pelajar sekolah. Ini kerana harganya lebih murah dan senang diperolehi berbanding dadah lain. Oleh sebab itu, gejala menghidu gam ini lebih popular dikalangan remaja dan belia.       

2.0  CARA PENGAMBILAN GAM

            Secara asasnya, dadah inhalasi dihidu melalui hidung atau mulut melalui beberapa cara seperti; i) sniffing (hidu-mendengus), ii) snorting (hidu-sedut/mendengkus), iii) huffing (tekap hidung atau mulut) dan iv) bagging (kampit atau kandi-kandi).
            Dalam hal ini, subjek telah menghidu gam secara sniffing iaitu menghidu gam terus dari bekas tin. Bahan yang diperlukan subjek untuk menghidu gam menggunakan kaedah ini adalah satu tin gam sahaja. Subjek akan membeli gam dunlop dan kemudian membuka penutup tin. Setelah itu, subjek akan menghidu gam tersebut secara terus daripada tin. Sedutan ini akan berlaku beberapa kali sehingga “high”.

3.0  MEKANISME TINDAK GAM

            Menghidu gam dipercayai menghasilkan rangsangan awal melalui pengeluaran epinephrine dan pengaktifan dopamin. Ini diikuti oleh depresi fungsi Sistem Saraf Pusat yang berlaku melalui penggunaan tapak jalan GABA. Pengaktifan dopamin oleh toluena telah didapati menjadi faktor utama yang menghasilkan kesan euforia kepada penghidu gam.
             
4.0  PROFIL FARMAKOKINETIKS GAM

            Dalam topik ini, empat aspek yang perlu diketahui ialah 1) serapan ii) sebaran iii) metabolisme dan iv) eksresi. Keempat-empat ini adalah penting untuk menjawab farmakokinetiks dadah inhalasi yang diambil. (Kamisah Yusof, 2011)

4.1  SERAPAN
Dalam kajian ini, subjek menghidu gam melalui hidung. Oleh itu, serapan gam atau dadah inhalasi akan bergerak melalui trakea, bronkus (salur pernafasan) dan terus sampai ke paru-paru. Kemudian ke salur darah dan dihantar ke otak. Cara ini mengambil masa yang cepat untuk mendapat “high” iaitu kadar segera antara 5 – 8 saat. Oleh kerana itu, penagih dadah jenis lain seperti kokain dan methamphetamine menggunakan kaedah Chasing The Dragon bagi mendapatkan kesan “high” yang cepat.
 
4.2  SEBARAN
Subjek menghidu gam secara terus. Oleh itu, apabila serapan berlaku di paru-paru, kemudian, gas akan akan menyerap masuk ke dalam darah dan disebarkan ke seluruh badan terutamanya di otak kerana paru-paru kaya dengan kapilari darah. Setelah itu, gas akan merentasi rintangan darah-otak untuk sampai ke otak. Apabila sampai diotak, terjadilah tindak balas dan menghasilkan kesan.

4.3  METABOLISME
Metabolisme agen inhalasi atau gam adalah sangat rendah. Misalnya, hanya 0.004% gas nitrus oksida dimetabolisme. Sementara itu, Toluena dimetabolismekan melalui Enzim Sitokrom P-450 dan bertukar kepada asid benzoic. Setelah itu, dikonjugasikan dengan glycine untuk membentuk asid hippurik.   

4.4  EKSRESI
Eksresi adalah farmakokinetiks terakhir untuk disebut. Eksresi agen-agen inhalasi adalah melalui udara pernafasan (dari paru-paru). Ia keluar bersama udara yang dihembus keluar. Oleh itu, agen inhalasi yang berbau seperti gam dapat dihidu daripada nafas penagihnya.

5.0  KESAN-KESAN FARMAKOLOGI YANG BERLAKU KEPADA PENAGIH

            Tidak dapat dinafikan, semua dadah yang disalahgunakan memberi kesan farmakologi kepada penagih termasuklah menghidu. Hakikatnya, kesan farmakologi antara seorang penagih dengan penagih yang lain adalah berbeza bergantung kepada jumlah dos ambilan, tempoh masa ambilan dan cara ambilan dadah. Kesan agen inhalasi dapat dilihat dalam beberapa saat selepas inhalasi kerana ia cepat sampai ke otak. Kesanya adalah seperti mabuk alkohol.
            Subjek ini juga mengalami kesan-kesan farmakologi yang tidak dapat dielakkan setelah menghidu gam. Jadual di bawah menerangkan kesan farmakologi yang dihidapi oleh ramai penagih agen inhalasi dan kesan yang di alami oleh subjek;

BIL
KESAN UMUM
KESAN KEPADA SUBJEK
1.
Keliru
ADA
2.
Bingung
ADA
3.
Euforia
ADA
4.
Percakapan Tidak Jelas
TIADA
5.
Hilang Koordinasi (laras-gerak)
TIADA
6.
Pening dan Sakit Kepala
ADA
7.
Loya dan Muntah
ADA
8.
Halusinasi dan Delusi
TIADA
9.
Mungkin Bertindak Ganas
TIADA
10.
Sklerosis
TIADA
11.
Keletihan
ADA
12.
Kepucatan
ADA
13.
Kehausan
ADA
14.
Kekurangan Berat Badan
ADA
15.
Lemah otot
TIADA
16.
Gangguan Gastrousus
TIADA
17.
Pitam dan hilang kesedaran
TIADA
18.
Terawang-Awang
ADA
19.
Tekanan Perasaan
TIADA

            Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh subjek ketika ditemuramah didapati kesan farmakologi yang dialami beliau berada pada tahap sederhana. Beliau mengalami kesan-kesan asas sebagai seorang penagih dadah inhalasi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa subjek berada pada keadaan pertengahan dalam penyalahgunaan menghidu gam.

6.0  SINDROM TARIKAN GAM

            Seperti yang diketahui, sindrom tarikan terjadi apabila penghidu gam berhenti menghidu gam secara tiba-tiba. Keterukan sindrom tarikan yang dialami bergantung kepada tahap dependens yang terbentuk.
            Sebenarnya, tiada sindrom tarikan jika berhenti menggunakan gam. Bagaimanapun, ada laporan menyebutkan bahawa penagih gam boleh mengalami sindrom tarikan seperti halusinasi, sakit pert, darah tinggi dan seram sejuk.
            Berdasarkan rekod, tiada satu pun sindrom tarikan boleh dikaitkan dengan subjek yang telah ditemubual.

7.0  KOMPLIKASI AKIBAT PENAGIHAN

Pengambilan dan penyalahgunaan dadah inhalasi menyebabkan seseorang penagih mengalami komplikasi tertentu. Contohnya, seseorang penagih berisiko untuk maut akibat kerana lemas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penagih juga boleh mengalami sawan yang teruk kerana gangguan otak. Di samping itu, akibat fungsi otak, kemungkinan boleh menyebabkan koma. Sebagai tambahan, komplikasi lain yang mungkin dialami oleh penagih ialah kemalangan kerana tidak dapat mengawal koordinasi dan pergerakan badan. Komplikasi yang paling penting adalah berisiko maut mengejut kerana jantung bergerak laju dan tidak teratur.
Setelah temubual, didapati tidak ada satu pun komplikasi farmakologi dialami oleh subjek ini. Kemungkinan, sebabnya adalah kerana tempoh dan dos yang diambil oleh subjek hanyalah sekadar beberapa tahun sahaja.

Walaubagaimanapun, subjek mengalami komplikasi lain seperti akademik, sosial dan kekeluargaan. Sebagai contoh, subjek telah dibuang sekolahg kerana menghidu gam. Di samping itu, hubungan sosial dan kekeluargaan antara beliau dengan masyarakat dan ibu bapa menjadi renggang disebabkan kegiatan menghidu gam.




Sabtu, 11 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul 1435 H



Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435: Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah


Jumaat, 9 April 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUNKU PUAN HABSAH

8 APRIL - Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Puan Habsah telah berjaya dilaksanakan. Ini adalah tahun pertama saya menghadiri dan mengikuti Mesyuarat Agung PIBG di sini. Sebelum ini, tiga tahun di SK Batu Pekaka, Kuala Ketil.

Di sini, saya telah ditugaskan sebagai Pengacara Majlis. Biasanya...ustaz nie bagi bahagian doa ja...Alhamdulillah dapat kepercayaan dan tugas baru...menambahkan pengetahuan dan pengalaman....jangan tetap dan berpencen sudah lah...

Tahniah kepada semua warga sekolah terutamanya guru yang memberi komitmen tidak berbelah bagi.....untuk menjayakan majlis ini. TAHNIAH...

SUASANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة