Isnin, 22 Disember 2008

TAHNIAH.....SELAMAT MAJU JAYA





Tahniah, penerima Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan dan Akademik KPLI LPBS SR j-QAF bagi Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. Ustaz Mohd Khairi bin Mohd Shaari. Teruskan usaha. Selamat Berjuang.

Ahad, 14 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA 'IDIL ADHA

ANA DAN AHLI KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA 'IDIL ADHA BUAT SEMUA YANG MELAYARI BLOG INI, WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PEKAKA DAN SELURUH AHLI QORYAH MASJID TOK BANDAR PULAI. MUDAH-MUDAHAN QURBAN PADA TAHUN INI DITERIMA ALLAH. AMEEN.

Rabu, 3 Disember 2008

KEAJAIBAN SOLAT


PENDIDIKAN YANG DI DAPATI DARIPADA IBADAT

Pendidikan atau boleh jua diklasifikasikan sebagai keajaiban dan hikmah ibadah. Allah Taala telah mencipta manusia dan hanya Allah yang tahu hikmah disebalik keajaiban dan kekuatan sesuatu ibadah. Walaubagaimanapun, manusia telah diberi panduan oleh Allah seperti Al-Quran untuk merungkai pelbagai permasalahan yang tersirat agar lebih mempercayai kekuatan dan kekuasaan Allah Taala.

Kebenarannya, sesuatu ibadah itu mempunyai lebih daripada satu pendidikan atau keajaibannya sendiri. Oleh itu, penulis akan membincangkan mengenai pendidikan yang dapat diperolehi dari ibadah sembahyang sebanyak tiga isi dan selebihnya dari ibadat-ibadat yang lain yang tidak dapat disangkal kesahihannya dan keunikannya.

SOLAT/SEMBAHYANG

Tidak dapat disangkal, sembahyang adalah ibadat yang paling tua dikenali bersama-sama dengan iman. Dalam Al-Quran ada menyebutkan sembahyang bagi nabi-nabi terdahulu seperti Firman Allah:

“Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Aku Telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur”

Berikut dihuraikan pendidikan yang dapat diperolehi dari ibadah yang utama dalm Islam iaitu sembahyang:-

1) PENDIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN

Solat merupakan satu proses komunikasi yang menjadi asas kepada teori komunikasi barat dan sekarang. Komunikasi ialah perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain), komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya.

Sebagai contoh, seorang pengurus tidak akan berjaya mengawal pekerjanya tanpa komunikasi yang berkesan. Tujuannya adalah untuk mendapat kerjasama dalam kerja dan kehidupan, mencapai objektif individu dan mengelakkan dari perasaan sunyi.

Solat dan pendidikan dalam perhubungan terbentuk melalui komunikasi ketika solat berasaskan:

1) Komunikasi hati

Berlaku di hati antara Allah dan makhluknya. Ukurannya dapat dilihat melalui khusyuk ketika solat. Proses ini penting untuk menunjukkan keyakinan manusia kepada kewujudan Allah. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Aku Ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain aku, Maka sembahlah Aku dan Dirikanlah shalat untuk mengingat Aku”

- Solat sebagai komunikasi lisan di hati membolehkan pengurus membaca hati seseorang pekerja. Ini membolehkan dia sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan tindak-tanduk anak-anak buahnya dan pandai mengambil hati mereka.

1) Komunikasi bukan lisan

- Komunikasi bukan lisan dalam solat adalah seperti rukuk, berdiri betul, sujud dan iktidal. Menurut pakar-pakar psikologi barat, 90 peratus komunikasi berlaku dalam bentuk non-verbal communication (kominikasi tanpa lisan). Pakaian adalah antara unsur perwtakan kita ketika berjumpa orang lain. Sebagai contoh, Islam menggalakkan umatnya memakai pakaian yang bersih dan baru serta mandi sunat terlebih dahulu ketika mana menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Islam juga mensunatkan memakai bau-bauan dan wangi-wangian bagi menunjukkan ketrampilan seseorang individu. Menurut pakar perhubungan awam, pakaian dan perapian diri adalah penting untuk menunjukkan tanggapan awal manusia.

Logiknya, mesej bukan lisan adalah pelengkap kepada mesej lisan. Oleh itu, seseorang pengurus perlulah memakai pakaian dan menjaga ketrampilan agar kata-katanya lebih diyakini bertitik-tolak dari etika pemakaiannya.

2) Komunikasi lisan

- Perhubungan melalui pertuturan berlaku setiap masa. Adalah penting bagi seseorang itu mempunyai lidah yang fasih agar boleh meyakinkan orang lain agar menerimanya. Umpamanya, penggunaan laras bahasa dan intonasi yang baik adalah merupakan kecantikan komunikasi lisan. Dalam solat, intonasi suara juga telah diajar secara tidak langsung. Perhatikan perbezaan antara solat di siang hari dan di malam hari. Bacaan dinyaringkan di malam hari manakala diperlahankan di siang hari.

Bertitik tolak dari pengajaran Islam ini, seseorang pengurus adalah sewajarnya menguasai kemahiran menggunakan suara mengikut kesesuaian waktu dan keadaan. Antara aspek komunikasi lisan dalam solat ialah mesej lisan dalam bacaan solat seperti kalimah Allahuakbar (Slogan), Bacaan Al-Fatihah (Pembuka Bicara), Tahiyat (Ikrar) dan Selawat (Pujian oleh pengurus kepada anak buahnya). Di samping itu, seseorang itu juga mampu mempertingkatkan keupayaannya menyampaikan pengucapan awam bertitik tolak dari penyampaian khutbah yang disampaikan.

3) Komunikasi mendengar

- Akhir sekali, kemahiran mendengar. Pendidikan yang dapat di ambil melalui solat ialah perintah untuk mendengar arahan. Ketika di dalam solat, makmum mestilah menurut apa jua perbuatan yang di lakukan oleh imam. Kemahiran ini dapat diserapkan ke dalam sesuatu organisasi iaitu staff perlu mendengar arahan ketuanya dengan teliti dan melakukannya.

2) PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN MASA

24 jam atau 1440 minit atau 86400 sehari semalam adalah masa yang di hadiahi Allah kepada semua makhluknya sama ada haiwan, manusia jin atau tumbuh-tumbuhan. Pepetah melayu mengatakan “Masa itu emas”. Masa dunia dan akhirat adalah berkesinambungan antara satu sama lain. Oleh itu, hubungkait antara solat dan pendidikan pengurusan masa tidak dapat disangkal. Waktu solat merupakan perjalanan hidup setiap muslim seharian. Manakala penentuan masa oleh seorang ketua adalah memastikan perjalanan sesebuah badan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Waktu solat bermula dengan subuh di awal pagi, zohor di tengah hari, asar di petang hari, maghrib di kala senja dan isyak di malam hari. Waktu solat boleh diterjemahkan sebagai putaran hidup manusia. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua ibarat subuh seterusnya isyak dan tidur itu ibarat kembali bertemu Allah.

Waktu solat dan pendidikan dalam pengurusan masa terbentuk melalui empat perkara berikut:-

1) Penjadualan

Ibarat waktu solat, pengurusan masa oleh seseorang individu berdasarkan penjadualan adalah amat penting. Penyusunan keutamaan tugas perlu di sesuaikan berdasarkan masa. Penjadualan ini telah di ajar oleh Allah melalui penjadualan waktu solat sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.

1) Ketepatan Masa

- Solat yang tidak dilakukan pada waktu adalah terbatal. Sebagai contoh, bersolat seminit sebelum waktu dan seminit selepas waktu tidak di terima. Begitulah juga dalam aspek pendidikan di mana pelajar-pelajar dan guru-guru perlu datang sebelum pukul 7.45 pagi dan pulang setelah menjelang 1.15 petang untuk tahap dua di sesetengah sekolah. Itulah rutin harian seorang guru dan pelajar. Sama juga dengan solat, etika seorang murid dan guru sekiranya lambat melapor diri dan cepat pulang akan menerima habuannya. Tepuk dada tanya diri sendiri.

2) Buat betul pada masa betul

- Ini merujuk kepada kesesuain keadaan. Solat Qasar dan Jamak hanya boleh di lakukan ketika dalam musafir manakala waktu di tegah bersolat di kenali sebagai waktu tahrim. Begitu juga dengan perbuatan seharian kita, sekiranya kita membunuh orang di waktu perang kita di anggap wira tetapi membunuh orang lain di waktu aman hukuman gantung jawapannya.

3) Masa kini dan masa hadapan

- Kata pepatah” Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Bersesuaian dengan solat, ditunaikan sebagai bekalan di hari akhirat kelak. Pelaburan di dunia hasilnya di pungut di akhirat kelak. Gambaran ini dapat di pelajari seolah-olah seorang guru bersusah payah mengajar anak-anak muridnya yang tidak mengenal huruf, nombor sehinggalah mereka berjaya di masa hadapan. Jasa guru tidak akan di lupa, pertolongan dari murid-murid akan menjelma.

3) SOLAT MENDIDIK MANUSIA DALAM KEPIMPINAN

Kepimpinan bererti keupayaan memimpin (mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan badan, pertubuhan, pergerakan, Negara dan lain-lain). Hadis Nabi:

كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيتة

“Setiap kamu adalah pemimpim dan setiap kamu adalah bertanggungjawab dengan orang yang di bawahnya”.

Pendidikan dan hubungkait yang di dapati dari kepimpinan melalui solat di rujuk kepada maklumat-maklumat berikut:-

1) Kriteria pemimpin dari cara memilih imam

- Syarat memilih imam adalah seperti berikut:

Sifat seorang imam

1. Mampu menunaikan solat

2. Mengetahui hukum solat

3. Mempunyai akal yang kuat

4. Tidak cacat pada pembacaan Al-Quran

Syarat menjadi imam mestilah:

1. Islam

2. Lelaki Baligh

3. Berakal

4. Sihat jasmani

Berpandukan kriteria di atas, kita dapat merumuskan bahawa ciri-ciri yang di perlukan untuk memilih seseorang pemimpin ialah kompeten, berwibawa, bijaksana, sihat mental, sihat fizikal, popular dan teguh ekonomi. Firman Allah:

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.

1) Peranan pemimpin dari tugas imam

- Tanggungjawab pemimpin beriman ialah menjadi imam solat, mendengar aduan dan rayuan anggota, memberi panduan dan tunjuk ajar , menegakkan keadilan dan mewujudkan adab dalam organisasi. Solat berjemaah dengan imam berdiri di hadapam makmum merupakan pendidikan yang jelas kepada perlantikan pemimpin dalam organisasi.

Firman Allah:


“Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar dan adalah mereka meyakini ayat-ayat kami.”

Di samping itu, seorang imam dan pemimpin perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pekerjanya.

1) Peranan anggota dari tugas makmum

- Akhir sekali, sekiranya seorang imam terlupa dalam solatnya, makmum mesti terus menegurnya. Begitu juga dalam kepimpinan, seorang pengikut boleh menegur seorang pemimpin asalkan tiada percanggahan dengan syarak dan benar pemimpin itu melakukan kesilapan.

Firman Allah:


“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu”.

TOLONG-MENOLONG

4) PENDIDIKAN MELALUI IBADAT UMUM (BANTU-MEMBANTU)

Firman Allah:


“tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”

Pelbagai bentuk tolong-menolong dalam hal kebaikan yang dapt kita laksanakan seperti:

1) Kerjasama dalam hal keagamaan seperti dakwah dan aktiviti untuk memperteguhkan iman.

2) Kerjasama menegakkan keadilan asasi.

3) Kerjasama dalam permasalahan kehidupan.

Hubungkait pendidikan yang dapat di pelajari melalui ibadat ini adalah seperti berikut:

1) Suasana aman dan damai

- Apabila sesebuah masyarakat atau negara di mana rakyatnya saling tolong-menolong maka suasana aman dan damai dapat diwujudkan. Antara bentuk kerjasama yang dapat di gambarkan seperti sekiranya ada yang kebuluran, ada yang memberi makanan, apabila ada yang lumpuh, ada yang memberi tongkat, ada yang miskin, yang kaya sudi membantu, ada yang takut, yang kuat sudi mengamankan.

Pelbagai pengajaran pendidikan dapat dipelajari seperti perasaan kasih sayang, tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan apa saja demi kesenangan orang lain.

2) Menangkis permusuhan

- Permusuhan terjadi akibat wujudnya perbezaan keperluan dan kepentingan. Contohnya, orang-orang Eropah ketika memerlukan rempah-ratus dan ubat-ubatan menajjah Asia kerana ingin mendapatkan keperluan tersebut.Bebeza dengan orang Arab yang datang ke asia ketika itu yang suka tolong-menolong sehingga agama Islam menjadi agama rasmi kerana orang-orang Melayu terpengaruh dengan sikap baik orang Arab.

3) Meringankan bebanan hidup

- Akhir sekali, untuk saling lengkap-melengkapi, manusia memerlukan gotong-royong. Sebagai petani dia hanya dapat memenuhi keperluan makanan sahaja. Begitu juga kilan, hanya dapat memenuhi keperluan tertentu sahaja seperti pakaian dan lain-lain. Begitulah hukum alam, manusia saling memerlukan seperti rakyat perlu kepada pemimpin dan pemimpin memerlukan rakyat.

MEMBACA AMALAN MULIA

4) PENDIDIKAN MELALUI PEMBACAAN ATAU MEMPELAJARI ILMU

Di dalam khazanah Islam, membaca tidak dapat di pisahkan lagi. Hakikatnya, wahyu yang pertama di turunkan menyeru Nabi Muhammad agar membaca


“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Realitinya, banyak hikmah dan pendidikan yang dapat di pelajari dari membaca seperti berikut:

1) Memperteguhkan iman

- Keimanan dapat di perteguhkan sekiranya seseorang manusia itu suka membaca khususnya mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah. Dengan membaca ia semakin tahu maklumat sesuatu perkara yang terperinci mengenai keagungan Allah. Banyak sekali saintis yang memeluk Islam setelah melihat dan mengkaji mengenai keagungan ciptaan Allah melalui alam semesta.

2) Memperluaskan wawasan

- Apabila seseorang membiasakan membaca keadaan, membaca alam atau membaca kitab, maka ianya akan bertambah wawasan berfikirnya. Ia akan semakin banyak mendapat maklumat, maka ia akan dapat membuat satu kesimpulan yang tepat dan memberi manfaat kepada kemajuan tamadun. Dengan banyaknya membaca, akal manusia akan hidup dan aktif, seterusnya berfikir. Dengan berfikir, manusia akan menemukan hakikat sesuatu seperti adanya teori graviti yang hakikatnya telah wujud dalam Al-Quran yang di fikirkan oleh Isaac Newton.

3) Teras kemajuan bangsa

- Akhir sekali, membaca merupakan teras kemajuan umat. Dahulu kala, islam menguasai tamadun dunia kerana ilmu pada waktu itu. Bahkan ramainya sarjana Islam ketika itu seperti Al-Khawarizmi, Al-Kindi, Al-Razi, ibnu Battuta, Abnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun ramai lagi. Mereka bukan sahaja menguasai ilmu di dalam pelbagai bidang malah menjadikan Al-Quran sebagai hafazan utama dan pegangan yang tertinggi. Oleh itu, kita tidak menyangkal lagi bahawa pembacaan yang berniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah jalan terbaik untuk menjadi bangsa yang maju. Inilah antara bentuk pendidikan yang diperolehi melalui ibadat.


Kesimpulannya, terlalu banyak pendidikan, hikmat dan keajaiban yang dapat di perolehi melalui ibadah sama ada ibadah khusus atau umum. Menyedari, kepentingan ini, bersamalah kita meneruskan agenda perjuangan nabi-nabi terdahulu dengan melaksanakan ibadah kepada Allah.

Bercuti di Pulau Langkawi



Bercuti di Pulau Lagenda Pulau Langkawi pada 30 Nov hingga 2 Disember 2008. Ingat nostalgia bekerja di Berjaya Langkawi Beach dan Spa Resort sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan untuk pelancong Arab.

Isnin, 1 Disember 2008

KONVOKESYEN j-QAF 2008



Alhamdulillah, pada 19 November 2008 yang lepas saya telah dianugerahkan Diploma Pendidikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Syukur, dengan usaha akhirnya berjaya dianugerahkan Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Akademik untuk IPG DarulAman. Terima kasih semua pensyarah yang memberi tunjuk ajar terutama Tn. Hj. Mohd Zaki bin Hashim dan Tn. Hj. Ahmad Najdi. Terima kasih buat ibu ayah Tn. Hj. Mohd Shaari bin Hj. Dolah dan Pn. Hjh. Marzeni binti A. Rahman yang sentiasa memberi dorongan.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة