Rabu, 23 Disember 2009

BERCUTI DI KUALA TERENGGANU






Setelah hampir sebulan bercuti, ingatkan tidak ke mana-mana...akan tetapi perancangan last minute membawa saya bersama rakan ke Kuala Terengganu...

22 Disember - Jam 10.15 pagi bertolak dari Pengkalan Hulu ke Kuala Terengganu....

Dalam perjalanan sempat singgah di beberapa tempat untuk bergambar kenang2an (Tasik Banding), Makan Tengah Hari di (uitm Machang), Bersolat di Masjid Hadhari (Jerteh), Bersantai sebelah petang di Pantai Batu Buruk, Ziarah Rakan di Bukit Payung, Singgah sebentar di Pasar Raya Besar Mydin dan menginap di Hotel KT Mutiara Kuala Terengganu...

Untuk hari berikutnya...tunggu.....

Rabu, 16 Disember 2009

BERTUKAR SEKOLAH

10 DISEMBER - Saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka; untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Ketika di pejabat, kerani PPD Baling Sik telah menelefon kerani sekolah agar mengambil memo di PPD Baling Sik.

Akhirnya; memo ini telah diambil oleh PK 1; En Yusof bin Mohamad Taib. Ketika di PPD beliau telah menelefon dengan memaklumkan; salah satu memo yang diterima adalah mengenai pertukaran saya ke Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, 09100 Baling, Kedah.

Saya dimaklumkan agar mengambil memo, hari Ahad atau Hari Isnin.

Memo telah diambil pada hari Isnin. Keesokan harinya, 15 Disember 2009 saya telah melaporkan diri di SK Tunku Puan Habsah...

Maka, saya sekarang adalah guru j-QAF di SKTPH.

Dikesempatan ini diucapkan berbanyak2 banyak terima kasih kepada semua warga SK Batu Pekaka yang telah memberi tunjuk ajar, komitmen, kerjasama, buah fikiran dan khidmat bakti sepanjang tiga tahun saya berada di SK Batu Pekaka.

Terima kasih buat Barisan Pentadbiran; Allahyarham En. Md. Rodzi, Pn Hjh Radiah, En. Zulkiflee, En. Yusof, Tn Hj, Abu Bakar, Pn Mazni, Pn Hjh Siti Eshah dan Pn Jasmin....

Ucapan penghargaan buat warga Panitia Pendidikan Islan dan j-QAF Ust. Suhaimi, Ustz Saadiah, Ustz Azizah, Ustz Munirah, Ustz Nazdirah atas kerjasama anda sepanjang saya berada di SK Batu Pekaka.

Buat semua rakan guru SK Batu Pekaka yang semuanya memberi komitmen yg baik serta mesra sepanjang saya berkhidmat di sana. Jasa kalian akan sentiasa dikenang dalam ingatan.

Juga tidak ketinggalan kepada staff SKBP K Ilah, K Tie, K Masni A Dali, A Kri, A Cha, A Karim n yang lain-lain....banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan tenaga.....dan surat menyurat.

Sesungguhnya; sudah ditakdirkan begini; kita merancang.....dan Allah telah memperkenankannya.....

Hubungan kekeluargaan, silaturrahim yang terjalin....mudah-mudahan berkekalan.....
Jangan lupa bagi tau jika ada sebarang program.......

Rabu, 9 Disember 2009

MUJAHADAH HARI KEDUA DI PKG KUALA PEGANG






9 Disember - Alhamdulillah, hari ini adalah bengkel perancangan j-QAF Baling Sik bagi tahun 2010 untuk hari kedua. Terima kasih kepada barisan JU yang hadir hari ini, walaupun ada yang sibuk dan kekangan jarak yang jauh.

Untuk hari kedua, menyambung tugas menyediakan RPT untuk Bahasa Arab serta BBM untuk Bahasa Arab.





Di kesempatan ini juga diucapkan Selamat Maju Jaya buat pasukan j-QAF SK Syed Syeh mewakili PPD Baling Sik untuk membentangkan realiti j-QAF bertempat di Hotel Seaview Langkawi, selama tiga hari...

Antara program yang dirancang pada tahun 2010 adalah sepeti Mukhayyam Bahasa Arab, Kem Bestari Solat Perdana, Kursus Motivasi dan lain-lain.

Semoga j-QAF Baling Sik akan berjaya tahun depan dengan bantuan, sokongan, kerjasama dan komitmen semua sahabat2......



HARI PERTAMA DI PKG KUALA PEGANG





8 Disember - Bertempat di PKG Kuala Pegang, barisan JU j-QAF Daerah Baling Sik mengorak langkah awal sebagai persediaan bagi sesi persekolahan 2010. Walaupun dalam keadaan sibuk bercuti, terlibat dengan pengawas peperiksaan SPM, tetapi tetap meluangkan masa untuk menghadiri BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM j-QAF DAERAH BALING SIK BAGI TAHUN 2010.



Terima kasih kepada barisan JU yang hadir. Semoga perancangan kita akan dapat dilaksankan dengan lancar dan baik...


Isnin, 30 November 2009

سلام عيد الأضحى 1430 هجري

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDIL ADHA 1430 HIJRI


INDAH LANGIT KERANA AWAN,

INDAH LAUT KERANA KEBIRUAN,

INDAH 'IDIL FITRI KERANA KEMAAFAN,

INDAH 'IDIL ADHA KERANA PENGORBANAN.


SEMOGA 'IDIL ADHA TAHUN INI MENINGKATKAN LAGI PENGORBANAN KITA SEBAGAI GURU KE ARAH MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM. AMEEN.

Isnin, 23 November 2009

INFO QURBAN

NIAT QURBAN

Adalah disyaratkan niat qurban ketika menyembelihnya dengan sendiri. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berwakil kepada seseorang untuk menyembelihnyaو maka hendaklah ia berniat ketika diserahkan binatang atau ketika wakilnya menyembelih binatang qurban. Harus mendahulukan niat sebelum disembelih binatang mengikut pandangan yang ashah.

Niat qurban adalah seperti berikut:-

i) “Inilah satu bahagian dari tujuh bahagian yang dijadikan qurban bagi diri ________________.”
ii) “Sahaja aku melakukan qurban sunat kerana Allah Taala”

Perlu difahami, niat itu tempatnya dihati dan sunat melafazkannya dengan lidah.

AMALAN SUNAT KETIKA QURBAN

i) Apabila menjelang 1 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut, dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban. Jika melanggarnya, tidak dikenakan fidyah tetapi perlu memohon ampun kepada Allah.
ii) Adalah afdhal, empunya qurban menyembelih sendiri, akan tetapi sekiranya diwakilkan maka sunat baginya menghadirkan diri dan membaca:-
(إِنَّ صَلاَتِىْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ).
iii) Ketika penyembelihan disunatkan membaca basmalah, selawat ke atas nabi, bertakbir dan membaca doa.
iv) Untuk qurban sunat, maka sunat bagi empunya qurban memakan sedikit daripadanya dan afdhal ia memakan hati dan wajib disedekahkan daging mentah kepada fakir dan miskin.

PERHATIAN

i) Afdhalnya, disedekahkan semua daging qurban melainkan beberapa suap sahaja untuk diambil berkat. Jika tidak, pembahagiannya ialah 1/3 disedekahkan kepada faqir dan miskin, 1/3 dimasak untuk jamuan atau hadiah kepada orang kaya (Islam) dan 1/3 untuk dimakan sendiri oleh empunya qurban dan ahli keluarga.
ii) Haram empunya qurban atau warisnya menjual daging, kulit, bulu atau sesuatu daripada binatang qurban.
iii) Haram menjadikan kulit dan daging binatang qurban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Khamis, 19 November 2009




widgeo.net


19 NOVEMBER - Alhamdulillah; saat yang dinanti telah tiba. Keputusan UPSR diumumkan. Saya difahamkan seramai 8 orang 5A dan 3 orang 4A 1B untuk SK Batu Pekaka. TAHNIAH kepada murid-murid; dan semua yang terlibat...

Tidak dapat dinafikan; inilah antara saat paling gembira terutama bagi ibubapa; anak-anak mendapat keputusan yang baik. Ramai rakan-rakan yang menelefon; berkongsi kegembiraan atas kejayaan anak-anak mereka mendapat 5A dan 4A 1B. TAHNIAH. Anak saudara saya juga mengambil keputusan. Alhamdulillah 4A 1B.

Teruskan usaha....

KURSUS SP & HSP BAHASA ARAB TAHUN 3 KEGUNAAN 2010






15 November - Alhamdulillah, rasanya ini program terakhir j-QAF PPD Baling Sik untuk tahun ini. Mengikut perancangan sepatutnya; program terakhir adalah Kem Bina Juara; tetapi dibatalkan.

Kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya; Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah SPI (Bahasa Arab); Ust Khairul Anuar bin Hj. Ali.

Manakala Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh Ust Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah (Penyelia UPI PPD Baling Sik)

Semoga kursus ini memberi input yang berguna kepada semua peserta.

Sekilas pandang;


JAMUAN PERPISAHAN TAHUN ENAM 2009



Alhamdulillah, jawatan kuasa tahun enam telah merencana dan melaksanakan Majlis Jamuan Perpisahan Murid Tahun Enam bersama dengan guru-gur dan pengawas sekolah serta pengawas pusat sumber.

Rasanya, inilah majlis rasmi terakhir bersama dengan murid-murid tahun enam yang akan menyambung pelajaran ke sekolah menengah bermula 3 Januari 2010.

Sewaktu maklumat ini ditulis, keputusan UPSR diumumkan. Sudah tentu ramai ibubapa dan waris tidak sabar-sabar mendapatkan keputusan peperiksaan wira dan wirawati mereka. Pastinya, kegembiraan terpancar dikalangan anak-anak didikku; yang berjaya dan kurang bernasib baik.

Difahamkan, seramai 8 orang mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A 1B. Sedihnya; tidak bersama di sekolah kerana berada di Pulau Pinang; untuk rawatan ayahanda (angiogram) untuk sakit jantung.

Mudah-mudahan; semuanya berjalan lancar. TAHNIAH buat semua. Berjumpa lagi....

MAHRAJAN j-QAF 2009 M



14 November - Telah berlangsung Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah Kebangsaan Program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, bertempat di SMK Gurun dan SK Seri Jerai.


i

Peserta Daerah Baling Sik juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Terdiri daripada 40 peserta untuk acara Kalam Jamaie, Dikir Barat, Kuiz dan Tilawah (L) dan Tilawah (P).

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Baling Sik kerana dapat mencipta kejayaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum, dengan berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara dikir barat (SK Pulai) dan Ketiga Tilawah al-Quran (P) - SK Kg Sadek/Aliah Norhasni).

Semoga kemenangan anda membuka sinar baru kepada rakan-rakan dan guru-guru j-QAF Baling Sik untuk mengorak langkah mencipta kemenangan yang bergaya tahun depan.




Alhamdulillah, saya dapat meninjau suasana dan pengurusan majlis pada kali ini. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan dengan penghakiman. Sesungguhnya, saya tidak mempertikai dan mempersoal pelantikan hakim. Semua hakim yang dilantik mempunyai kemahiran dan kecerdasan mengikut bahagian masing-masing. Mereka semua adil dan telus dalam membuat keputusan. Cuma, perlu ada penyelarasan dan kesamarataan dalam penentuan hakim bagi acara yang dipertandingkan. Bukankah menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan adalah tuntutan???.

Saya berikan contoh apa yang diperkatakan; Kalam Jamaie; aspek yang dinilai tiga bahagian. Setiap bahagian melibatkan dua orang hakim; bermakna 6 orang; dan seorang ketua hakim; jumlahnya 7. Begitulah secara kasarnya. Dicadangkan; hakim yang menilai mestilah dari daerah yang berbeza atau berlainan; Daerah PPD di Kedah ada 8, oleh itu akan ada seorang hakim dari setiap daerah....mudah-mudahan tidak menimbulakn pertikaian dan cakap-cakap belakang. Elakkanlah; melibatkan 7 orang tetapi terdapat 2 atau 3 orang hakim dari satu daerah. Adakah daerah lain tidak mempunya kepakaran dalam acara itu???. Tepuk dada tanyalah diri...

Bukanlah maksud saya nak mempertikaikan kalam jamaie; akan tetapi sekadar contoh. Begitu juga dengan acara yang lain. Ada juga acara yang melibatkan 3 +/- 4 orang hakim dari daerah yang sama dalam satu-satu acara. Ini boleh menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penonton walaupun sebenarnya bukan begitu.....

Ada juga tiada walau seorang hakim pun mewakili daerah tertentu dalam acara tertentu.

Kalau tak salah saya, perkara ini juga terjadi ketika Majlis Tilawah al-Quran

Sememangnya; kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak; dan tidak mampu memastikan semua terlibat. Akan tetapi, bukankah kadar masalah dan keraguan boleh dikurangkan, kerana kita yang merancang dan melaksanakannya.

Di samping itu, ada juga kecacatan lain seperti soalan kuiz. Ada soalan kuiz terutama soalan bahasa Arab; soalan tergantung yang boleh mengelirukan pelajar. Contoh; berkenaan masa; tidak diletakkan masa'an atau sobaha'.

Ada juga soalan Fardhu Ain yang menjadi pertikaian tentang kesahan jawapan. Diharapkan agar soalan-soalan seperti ini diberi perhatian sewajarnya.

Ada satu perkara lagi iaitu berkenaan dengan makanan. Sebagai guru pengiring, rasa agak terkilan kerana makanan tidak disediakan. Hanya disediakan kepada peserta seramai 40 orang sahaja. Katanya; makanan disediakan tetapi selepas majlis Penutup. Dicadangkan untuk tahun-tahun hadapan agar makanan untuk guru pengiring disediakan bungkus bersama murid-murid (jika ada makanan). Kalau disediakan selepas majlis; masakan guru pengiring makan dan murid-murid menunggu, bas pun kalut nak balik dah; kalau hakim, urusetia dan tetamu oklah.

Diharap, agar perkara-perkara ini diberi perhatian terutamanya aspek penghakiman.

Bukanlah niat untuk mengajar atau mempertikai; akan tetapi sekadar berkongsi maklumat berdasarkan sembang-sembang dan pemerhatian.

Mudah-mudahan, tuan rumah akan datang; Daerah Kota Setar dapat mempertingkat mutu Majlis ini yang menjadi cermin dan kayu pengukur keberkesanan pelaksanaan j-QAF.

Insya Allah, bersamalah kita berusaha mempertingkat j-QAF dalam apa jua perkara yang dilakukan, mudah-mudahan j-QAF tidak dipandang sepi dan sentiasa cemerlang. AMEEN....

Isnin, 16 November 2009

SEMANGAT KONTINJEN BALING SIK KE MAHRAJAN







13 November - Alhamdulillah, Ust Mohd Yusof bin Hj. Abdullah (Penyelia UPI PPD Baling Sik), dapat meluangkan masa untuk melihat dan memberi input yang berguna kepada kontinjen Baling Sik yang akan mewakili Daerah Baling Sik ke Mahrajan Peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan di SMK Gurun, Kedah.



Terlebih dahulu, memantau persiapan pasukan dikir barat di SK Pulai. Disambut oleh guru besar. Kerjasama yang baik daripada GPI dan Guru j-QAF SK Pulai berjaya dipupuk, ada juadah disediakan...sate dan laksa...terima kasih semua.




Kemudian, ke SK Baling melihat persiapan pasukan Kalam Jamaie. Alhamdulillah, guru-guru memainkan peranan penting membentuk pelajar.





Semoga semua kontinjen akan berusaha sebaik mungkin untuk berjaya. Sama-samalah kita berdoa dan memohon agar kontinjen baling sik akan mendapat gelaran juara untuk kali ini. Ameeeen...

KLAQ HARI KEDUA

9 NOVEMBER - Gambar KLAQ untuk hari kedua adalah seperti berikut:-







VIDEO;


Ahad, 8 November 2009

KLAQ PPD BALING SIK 09




8 NOVEMBER 2009 - Hari ini adalah hari pertama Kem Literasi al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik di adakan bertempat di Masjid al-Maarif, Bukit Tok Kaya, Pulai.

Seramai 120 orang murid dan 55 orang guru telah hadir bagi menyumbangkan tenaga dan bakti bagi menjayakan program ini.



Program berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan tamat jam 2.00 petang.

Latihan Dalam Kumpulan pada hari ini telah dimudah cara oleh fasilitator - fasilitator yang berkaliber...dan tenaga j-QAF yang ingin melihat generasi yang dibentuk adalah generasi yang hebat.



Insya Allah, Kem ini akan bersambung esok dimana majlis penutup dijangka dihadiri oleh Ustaz Musa Jayyid dan Ustaz Abdul Somad.

Insya Allah, berjumpa lagi esok dengan semangat dan idea yang baru....


Sekilas pandang KEM LITERASI AL-QURAN:



VIDEO;

Sabtu, 7 November 2009

MAHRAJAN DAERAH BALING SIK

5 NOVEMBER - Inilah, suasana sepanjang Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Daerah Baling Sik 2009.
Terima kasih kepada semua.

Jumaat, 6 November 2009

DOA HARI ANUGERAH CEMERLANG

4 November - saya telah dijemput untuk membaca doa di Majlis Hari Anugerah Cemerlang Unit Pembangunan Manusia Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik.

Teks doa adalah seperti berikut:-

Doa Hari Anugerah Cemerlang Unit Pembangunan Manusia

KEPUTUSAN MAHRAJAN

Berikut adalah disertakan Keputusan Penuh Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik beserta tentatif program.

TENTATIF MKQ



KEPUTUSAN PENUH

MAHRAJAN DAN MKQ DAERAH BALING SIK



5 November - Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Peringkat Daerah Daerah Baling Sik telah diadakan di SK Sik.

Majlis bermuala seawal jam 7.45 iaitu taklimat hakim dan urus setia.





Pelbagai acara telah diadakan seperti Tilawah al-Quran(lelaki dan perempuan), Kuiz, Kalam Jamaie, Dikir Barat dan Khatam al-Quran.

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan baik.

Perasmian penutup Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Somad bin Abdullah (PPK j-QAF SPI JPN Kedah).

Ramai tetamu turut hadir seperti Ustaz Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah Penyelia UPI PPD Baling Sik dan guru-guru besar zon sik.




Tahniah kepadaq para pemenang. Pemenang-pemenang ini akan mewakili Daerah Baling Sik ke Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 14 November 2009 di Gurun, Kedah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tiodak terhingga buat sahabat-sahabat urus setia yang merangkap sebagai hakim, bagi menjayakan program ini.



Tiada kata dapat dilafazkan, tiada ucapan dapat coretkan, tiada madah dapat diluahkan, melainkan menjadi pengetahuan Allah yang menjadikan.

Usaha murni ini akan, mudah-mudahan dapat membentuk generasi yang akan dengan agar lebih dinamik. Ameen.

GERAK KERJA MKQ




Beberapa orang urus setia bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja terakhir mengenai Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran peringkat Daerah Baling Sik, terima kasih, kepada semua yang bertungkus lumus, hingga ke malam, walaupun terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil. Semoga usaha mendidik generasi akan melahirkan insan-insan yang hebat dan terbilang.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة