Sabtu, 31 Januari 2009

الغاضبون

من www.islam.net

يا تلاميذَ غزَّةٍ...

علّمونا..

بعضَ ما عندكمْ

فنحنُ نسينَا...

علّمونا..

بأن نكونَ رجالاً

فلدينا الرجالُ..

صاروا عجينا..



علِّمونا..

كيفَ الحجارةُ تغدو

بينَ أيدي الأطفالِ،

ماساً ثمينَا..


كيفَ تغدو

درَّاجةُ الطفلِ، لُغماً

وشريطُ الحريرِ..

يغدو كمينَا




كيفَ مصّاصةُ الحليبِ..

إذا ما اعتقلُوها

تحوَّلتْ سكّينا...




يا تلاميذَ غزَّةٍ

لا تُبَالوا..

بإذاعاتنا..

ولا تسمَعُونا..




إضربوا..

إضربوا..

بكلِّ قواكمْ

واحزموا أمركمْ

ولا تسألونا..




نحنُ أهلُ الحسابِ..

والجمعِ..

والطرحِ..

فخوضوا حروبكمْ

واتركونا..




إنّنا الهاربونَ

من خدمةِ الجيشِ،

فهاتوا حبالكمْ

واشنقونا...




نحنُ موتى...

لا يملكونَ ضريحاً

ويتامى..

لا يملكونَ عيونا




قد لزمنا حجورنا...

وطلبنا منكمُ

أن تقاتلوا التنّينا




قد صغرنا أمامكمْ

ألفَ قرنٍ..

وكبرتُمْ

-خلالَ شهرٍ- قرونا




يا تلاميذَ غزَّةٍ

لا تعودوا...

لكتاباتنا.. ولا تقرأونا

نحنُ آباؤكمْ..

فلا تشبهونا

نحنُ أصنامكمْ..

فلا تعبدونا..




نتعاطى القاتَ السياسيَّ..

والقمعَ..

ونبني مقابراً...

وسجونا




حرِّرونا

من عُقدةِ الخوفِ فينا..

واطردوا

من رؤوسنا الأفْيونا..



علّمونا..

فنَّ التشبُّثِ بالأرضِ،

ولا تتركوا..

المسيحَ حزينا..



يا أحبّاءنا الصغارَ..

سلاماً..

جعلَ اللهُ يومكمْ

ياسمينا

من شقوقِ الأرضِ الخرابِ

طلعتمْ

وزرعتمْ جراحنا

نسرينا



هذهِ ثورةُ الدفاترِ..

والحبرِ..

فكونوا على الشفاهِ

لُحونا..



أمطِرونا..

بطولةً، وشموخاً

واغسلونا من قُبحنا

إغسلونا..



لا تخافوا مُوسى

ولا سحرَ موسى..

واستعدّوا

لتقطفوا الزيتونا



إن هذا العصرَ اليهوديَّ

وهمٌ..

سوف ينهارُ..

لو ملكنا اليقينا..



يا مجانينَ غزَّةٍ

ألفُ أهلاً...

بالمجانينِ،

إن هُم حرّرونا



إن عصرَ العقلِ السياسيِّ

ولَّى من زمانٍ

فعلّمونا الجنونا...

Jumaat, 30 Januari 2009

CAT BILIK j-QAF


Ustazah Munirah binti Hamid sanggup panjat tinggi untuk cat bilik j-QAF


Ustazah Nazdirah binti Hashim mengecat dengan penuh teliti.


Ustaz Mohd Khairi bin Mohd Shaari sibuk mengecat jenang tingkap.

Khamis, 29 Januari 2009

نبي محمد رحمة للعلمين

3.0 PERUBAHAN YANG BERLAKU SELEPAS PELANTIKAN

NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI RASUL

Tamadun Islam berada dalam keadaan yang paling tulen pada zaman Rasulullah s.a.w apabila ajaran al-Quran dan as-Sunnah dihayati di setiap ruang kehidupan umat Islam tanpa berkecuali. Perubahan yang berlaku selepas pelantikan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang budaya ilmu, institusi kekeluargaan, sistem nilai, pembentukan masyarakat dan penubuhan negara yang sistematik bukan sahaja pada zaman baginda tetapi berterusan pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin, Zaman Bani Umayyah, Zaman Bani Abbasiyah, Zaman Turki Uthmaniyah dan seterusnya hinggalah zaman sekarang. Kajian ini hanya mengkhususkan perubahan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w sahaja selepas pelantikan baginda pada tanggal 17 Ramadan 610 Masihi iaitu Hari Isnin bertempat di Gua Hira’. [1]

3.1 PERUBAHAN BUDAYA ILMU / PENDIDIKAN

Titik permulaan pendidikan Islam dalam erti kata yang sebenarnya telah bermula apabila Allah S.W.T menurunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w. Firman Allah:- [2]

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ zO¯=tæ z`»|¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ

“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya”

Ayat ini mewajibkan umat Islam membaca, menulis dan menuntut ilmu pengetahuan terutama ilmu akidah, syarak, akhlak dan ilmu lain asalkan menuju ke jalan yang lurus iaitu dibawah naungan wahyu.

Justeru itu, salah satu daripada tugas utama manusia sebagai khalifah Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Hal ini kerana dengan ilmu itulah manusia dapat melaksanakan segala tugas kekhalifahan di atas muka bumi dan membentuk tamadun. Semasa Rasulullah s.a.w berdakwah di Makkah selama 13 tahun keadaan umat Islam masih kecil jumlahnya. Mereka merupakan golongan minoriti, tiada kekuatan dan kekuatan Islam hanya bergantung kepada kesempurnaan dan kesejagatan al-Quran.

Pendidikan Islam hanya bermula dengan indoktrinasi dan teladan atau peniruan. Contohnya ialah al-Quran mewajibkan mendirikan sembahyang, berpuasa dan berakhlah mulia yang serta-merta ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w cara melaksanakannya yang dituruti oleh umat Islam ketika itu. Kaedah ini berjaya mempengaruhi jiwa umat Islam, memperkukuhkan akhlak dan menjadikan ajarannya sebagai amalan dan adat kebiasaan.

Islam menjadikan sembahyang sebagai langkah pendidikan pertama kerana sejak diwajibkan hinggalah hari kiamat kelak, hanya ibadat sembahyang yang membezakan antara seorang Muslim dengan bukan Islam. Sembahyang juga memperkuatkan jiwa dan mendekatkan diri seseorang kepada Allah. [3]

Tempat pertama menuntut ilmu pada zaman Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin al-Arqam. Di situlah Rasulullah s.a.w menjadikan markas, tempat pertemuan baginda dengan para sahabat untuk mengajar mereka berkaitan dengan akidah, syarak dan akhlak. Di samping itu, rumah itu juga digunakan baginda untuk penyebaran ilmu pengetahuan. [4]

Sejak itu, rumah baginda menjadi tempat menuntut ilmu. Akan tetapi, setelah umat Islam semakin ramai jumlahnya, rumah tidak lagi sesuai dijadikan tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Hal ini disebabkan tujuan utama rumah itu dibina adalah untuk memberi perlindungan, tempat istirehat dan sebagainya. Apabila mempunyai ramai anak, rumah Rasulullah tidak lagi sesuai dijadikan medan ilmu kerana sorak-sorai dan tangisan anak-anak. Firman Allah:- [5]

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qè=äzôs? |Nqãç/ ÄcÓÉ<¨Z9$# HwÎ) cr& šcsŒ÷sムöNä3s9 4n<Î) BQ$yèsÛ uŽöxî tûïÌÏà»tR çm9tRÎ) ô`Å3»s9ur #sŒÎ) ÷LäêŠÏãߊ (#qè=äz÷Š$$sù #sŒÎ*sù óOçFôJÏèsÛ (#rçŽÅ³tFR$$sù Ÿwur tûüÅ¡Ï^ø«tGó¡ãB B]ƒÏptÎ: 4 ¨bÎ) öNä3Ï9ºsŒ tb%Ÿ2 ÏŒ÷sム¢ÓÉ<¨Z9$# ¾ÄÓ÷ÕtFó¡uŠsù öNà6ZÏB ( ª!$#ur Ÿw ¾ÄÓ÷ÕtFó¡o z`ÏB Èd,ysø9$# 4 #sŒÎ)ur £`èdqßJçGø9r'y $Yè»tFtB Æèdqè=t«ó¡sù `ÏB Ïä!#uur 5>$pgÉo 4 öNà6Ï9ºsŒ ãygôÛr& öNä3Î/qè=à)Ï9 £`ÎgÎ/qè=è%ur 4 $tBur šc%x. öNà6s9 br& (#rèŒ÷sè? š^qßu «!$# Iwur br& (#þqßsÅ3Zs? ¼çmy_ºurør& .`ÏB ÿ¾ÍnÏ÷èt/ #´t/r& 4 ¨bÎ) öNä3Ï9ºsŒ tb%Ÿ2 yZÏã «!$# $¸JŠÏàtã ÇÎÌÈ

“ Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah”.

Selepas hijrah umat Islam ke Madinah, fungsi itu telah diambil alih oleh masjid. Masjid yang dibina Nabi Muhammad s.a.w berperanan sebagai tempat ibadat dan menuntut ilmu. Antara contoh masjid ialah Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi. [6] Di samping itu, Suffah [7] dan Kuttab [8] juga dibina bagi menjalankan proses pengajaran ilmu.

Realitinya, tiada satu agama atau ajaran yang dapat mengatasi Islam dalam penggalakan menuntut ilmu. Contohnya, Islam telah mewajibkan setiap umat Islam menuntut ilmu dan proses pendidikan bermula dari buaian dan berakhir pada liang lahad atau pendidikan seumur hidup. Contoh lain, baginda Nabi Muhammad s.a.w memberi syarat kepada tentera musyrikin Makkah yang ditawan dalam Perang Badar tetapi pandai membaca dan menulis untuk mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebagai syarat pembebasan mereka. Baginda juga pernah menghantar segolongan umat Islam untuk mempelajari ilmu sains dan perubatan ke Jundisyapur, Parsi.

3.2 PERUBAHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Setelah kedatangan baginda Nabi Muhammad s.a.w, antara penekanan bagi membentuk keluarga bahagia adalah antaranya melalui syariah yang dikenali hukumnya sebagai munakahat. Peribadi yang baik di kalangan manusia, khususnya pasangan suami isteri adalah suatu tuntutan untuk melahirkan keluarga yang harmoni, bahagia, penuh kasih sayang, belas ihsan, lemah lembut, mantap dan cemerlang. [9] Oleh sebab itu, Islam menggariskan perbuatan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan bagi menjamin institusi keluarga yang dibina bahagia selamanya.

3.3 PERUBAHAN SISTEM NILAI / AKHLAK

Tidak dapat dinafikan lagi kebenarannya, kedatangan Rasulullah menyempurnakan akhlak yang paling mulia seperti sifatnya yang digambarkan di dalam al-Quran al-Karim iaitu:- [10]

y7¯RÎ)ur 4n?yès9 @,è=äz 5OŠÏàtã ÇÍÈ

“dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.”

Antara perubahan yang dapat dilihat adalah seperti berikut:- [11]

a) Dalam masyarakat Islam Madinah, semua individu terangkum dalam sebuah masyarakat yang dinamakan ummah Islamiyah. Unit-unit kecil yang dibahagikan mengikut kabilah atau bani masih wujud sebagai ciri keturunan tetapi bukan sebagai asas pembahagian masyarakat. Semua umat Islam merasakan diri mereka sebagai suatu komuniti yang sama.

b) Kesetiaan kepada sesuatu kaum berdasarkan ikatan assabiyah tidak lagi wujud malah assabiyah ditentang oleh Islam. Apa yang wujud ialah ikatan persaudaraan Islam atau persaudaraan sejagat yang dinamakan ukhuwwah Islamiyah. Ia merupakan tali persaudaraan yang tidak mengenal batas-batas warna kulit, darah atau keturunan.

c) Kepercayaan karut yang menjadi unsur peraturan tradisi masyarakat jahiliyah tidak lagi wujud. Apa yang digunakan sebagai asas panduan peraturan dalam semua aspek kehidupan ialah undang-undang Allah yang disyariatkan melalui wahyu. Kesemuanya terangkum dalam al-Quran.

3.4 PERUBAHAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT

Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada masyarakat Arab Jahiliah yang ganas dan degil?. Mungkinkah ini berlaku?. Ya, tidak syak lagi kerana baginda dibantu oleh wahyu dari Allah yang membolehkan baginda memulakan dakwahnya secara sulit atau rahsia. Dakwah ketika ini menumpukan kepada mental dan kerohanian dengan memberi penekanan kepada bidang akidah dan akhlak.

Sasaran dakwah pada peringkat ini juga hanya menumpukan kepada kaum kerabat dan sahabat yang terdekat sahaja di mana mereka menjadi pembantu dan pendukung dakwah serta panglima utama Islam yang unggul selepasnya.

Dakwah secara sulit (الدعوة سراً) ini berlaku selama tiga tahun. Hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja merima ajaran baginda seperti Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Harithah, Abdullah bin Abi Quhafah (Abu Bakar), Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Saad bin Abi Waqas. [12]

Selepas berlalunya tempoh ini, turun wahyu yang memerintahkan agar berdakwah secara berterus-terang. Firman Allah:-

öÉRr&ur y7s?uŽÏ±tã šúüÎ/tø%F{$# ÇËÊÍÈ ôÙÏÿ÷z$#ur y7yn$uZy_ Ç`yJÏ9 y7yèt7¨?$# z`ÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÊÎÈ

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat, hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman”.[13]

Natijahnya, bermulalah penentangan golonga kafir Quraisy terhadap baginda Rasulullah. Penindasan, kekejaman dan pemulauan dimulakan ke atas golongan Islam. Dengan kehendak Allah, ketika itu jua penduduk Yathrib menerima berita tentang Islam dan kedatangan mereka ke Makkah sehinga terjadi Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II membuktikan perancangan Allah adalah mengatasi segalanya.

Baginda Rasulullah tiba di Yathrib pada 6 Rabiul Awal tahun 1 hijrah iaitu hari Jumaat. Kemudian baginda menyampaikan khutbah yang menandakan bermulanya garis panduan asas masyarakat dan negara Islam iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan ciri-ciri berikut:-

1) Keadilan (al-‘adalah al-Islamiah)

2) Bermesyuarat (as-Syura)

3) Perpaduan (al-Wahdah al-Islamiah)

4) Persaudaraan Islam (al-Ukhuwwah al-Islamiah)

Yahtrib di tukar nama kepada Madinah dan penduduknya yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar di satukan menjadi umat Islam yang satu sebagaimana catatan Allah:-

$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.[14]

Keadaan sosial pada zaman ini berada pada paras yang cukup baik. Bermula daripada kehidupan keluarga, jiran, masyarakat, rakyat bawahan dan golongan pemerintah. Islam telah mengasaskan keadilan sosial yang meletakkan setiap lapisan masyarakat pada tempat yang sewajarnya dan sesuai dengan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Islam bertanggungjawab menghapuskan sistem kasta, perhambaan dan sebagainya yang berleluasa pada zaman Jahiliah. Sebaliknya, Islam memperjuangkan keadilan, kesamarataan tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan keturunan yang penting di sisi Allah adalah takwa.

3.5 PERUBAHAN PENUBUHAN NEGARA YANG SISTEMATIK

Pelbagai stategi telah digariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan masalah ketika berada di Madinah. Dari segi pembentukan negara, sumbangan yang terbesar ialah membentuk Perlembagaan Madinah. Baginda telah menggubal Sahifah Madinah pada tahun 1 Hijrah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Ia merupakan dasar perundangan negara yang perlu dipatuhi oleh seluruh penduduk Madinah tanpa mengira bangsa atau agama.

Ia mengandungi sebanyak 47 fasal yang menyentuh kedudukan dan peranan orang-orang Yahudi, kewajipan dan tugas setiap suku kaum dan setiap individu negara dan masyarakat, hubungan orang-orang Yahudi dengan Islam, hak-hak asasi manusia, kewajipan bersama untuk mempertahankan kota dan sebagainya.

Ia merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum, bangsa dan warna kulit dan lebih berbentuk perjanjian di antara umat Islam dengan orang bukan Islam yang ingin hidup aman damai dalam sebuah negara yang sama. Tujuannya ialah seluruh masyarakat Madinah bersatu dan menumpukan taat setia yang penuh terhadap negara mereka yang baru muncul itu.

Melalui Perlembagaan Madinah ini, Nabi Muhammad s.a.w telah diterima sebagai pemimpin umum di Madinah dan penduduk Madinah dikukuhkan sebagai sebuah masyarakat. Seluruh penduduk Madinah mesti bersatu dalam semua perkara dan menumpukan taat setia yang penuh terhadap negara baru itu. Ini juga bermakna orang-orang Yahudi tidak boleh berbuat sesuka hati dan melaksanakan sesuatu mengikut undang-undang mereka sendiri. [15]

Kandungan Perlembagaan (Sahifah) Madinah adalah seperti berikut:-

Bab 1 Pembentukan Ummah (Fasal 1)

Bab 2 Hak Asasi Manusia (Fasal 2-10)

Bab 3 Perpaduan Seagama (Fasal 11-15)

Bab 4 Persatuan Seluruh Warganegara (Fasal 16-23)

Bab 5 Golongan Minoriti (Fasal 24-35)

Bab 6 Tugas Warganegara (Fasal 36-38)

Bab 7 Melindungi Negara (Fasal 39-41)

Bab 8 Pimpinan Negara (Fasal 42-44)

Bab 9 Politik Perdamaian (Fasal 45-46)

Bab 10 Penutup (Fasal 47)

Sebagai tambahan, pelaksanaan Sahifah Madinah ini membawa kepada beberapa implikasi yang baik seperti berikut:-

1) Masyarakat Madinah adalah satu negara bertanggungjawab untuk mempertahankan keamanan dan melindungi Madinah dari serangan luar. Ini bermakna tanggungjawab mempertahankan Madinah bukanlah terletak di atas umat Islam sahaja tetapi seluruh penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam.

2) Ia juga menjamin persamaan dan kebebasan kaum Yahudi dan penganut agama-agama lain dalam segala kepentingan keduniaan. Ini menyedarkan semua bangsa di Madinah bahawa setiap penganut agama mempunyai persamaan dan kebebasan untuk beribadat. Ini menyebabkan kaum Yahudi tidak boleh memaksa bangsa lain menganut agama mereka.

3) Perlembagaan ini turut mewujudkan suatu umat yang baru yang membentuk sebuah negara yang baru iaitu Negara Islam. Oleh itu, selepas Sahifah Madinah ini barulah wujud kesedaran bahawa mereka adalah sebuah masyarakat yang satu yang perlu bersatu-padu dalam semua hal.

Dengan terhasilnya Perlembagaan Madinah, ianya merupakan suatu rangka persetiaan di antara kaum yang mendiami kota Madinah yang di asaskan di atas konsep kerjasama, persamaan, perpaduan, kesamarataan, sikap bertanggungjawab, kebebasan beragama dan kebebasan individu.



[1] د. مصطفى الساعي، السيرة النبوية دروس وعبر، بيروت، دار الوراق، ص: 47-48.

[2] Surah Al-Alaq: 1-5.

[3] http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=3&key=1043

[4] http://www3.uitm.edu.my/citu/SM/e-IMK152%202.pdf

[5] Surah al-Ahzab: 53.

[6] Ibid, www3.uitm.edu.my.

[7] Ruang atau surau yang bersambung dengan masjid seperti Masjid Nabawi untuk pengajaran ilmu.

[8] Pusat pra-sekolah bagi kanak-kanak. Ditubuhkan sebelum Islam dan berterusan.

[9] Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan, (1997), Memasuki gerbang perkahwinan, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia., m/s: 12.

[10] Surah al-Qalam: 4.

[11] Fathi Yakan, (2000), Apa ertinya saya menganut Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., m/s: 52.

[12] د. محمد سعيد رمضان البوطي، فقه السيرة النبوية مع موجز لتاريخ الخلافة الراشدة، بيروت، دار الفكر، ص: 68.

[13] Surah as-Syuaara’: 214-215.

[14] Surah al-Hujurat: 13.

[15] Jayaudin Jamaudin, (1993), Sejarah Islam Tanah Arab STPM, Kuala Lumpur: Penerbit Elman, m/s: 221-222.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة