Khamis, 27 Ogos 2009

MERDEKAKAH KITA???



Merujuk Kamus Dewan, perkataan merdeka boleh didefinisikan sebagai bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain. Perkataan ini digunakan bagi menunjukkan bahawa sesebuah negara telah bebas daripada penjajahan dan penguasaan pihak lain.

Menurut perspektif Islam, kemerdekaan bukan sekadar keluar dari belenggu penjajahan dan penguasaan pihak lain malah bebas daripada penjajahan fizikal, pemikiran, pegangan dan anutan yang bertentangan syariat Islam yang sebelum ini membelenggu individu dan negara.

-nanti sanbungannya-

Rabu, 26 Ogos 2009

PENGAJARAN DI SEBALIK A H1NI



Hakikatnya, pelbagai cara, kaedah, langkah, tindakan, amalan perubatan, idea, vaksin, suntikan dan metod telah diambil dan sedang diberi serta dikaji oleh pengamal perubatan dan para saintis untuk membendung serta mengurang kematian di sebabkan virus yang melanda dan menyerang manusia ini.

Sehingga artikel ini ditulis, seramai 70 orang telah menjadikan korban virus ini di Malaysia. Manakala WHO melaporkan sebanyak 239,397 orang dijangkiti wabak tersebut yang melibatkan 2,578 kematian di 182 negara. Ini adalah kes yang dilaporkan....sudah tentu kes yang tidak dilaporkan juga ada dan kemungkinan tinggi.....sehinggakan ada negara yang sudah berhenti dari mengira jumlah korban dan rakyat yang dijangkiti.....

Sesungguhnya, ujian dan bala bencana tidak putus-putus menimpa manusia bermula dari dahulu hingga sekarang dan akan datang. Adakah fenomena ini adalah secara kebetulan atau termasuk dalam perancangan ALLAH.

Kemunculan wabak penyakit seperti AIDS, TAUN, SELSEMA BURUNG, SELSEMA BABI (A H1N1), KANSER, DLL. bukan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja tetapi sebagai pembalasan kepada manusia di atas apa yang dilakukan sebagai peringatan dan memberi keinsafan kepada kita semua.

Berdasarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah, sememangnya terdapat perkaitan yang kuat dan tuntas kenapa?, dan mengapa? bala bencana dan musibah diturunkan kepada manusia, adalah disebabkan perangai, tindak tanduk dan tingkah laku manusia itu sendiri.

Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:

"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan sebahagian daripada perbuatan buruk mereka supaya insaf dan bertaubat".

Sesungguhnya, pelbagai jenis mala petaka dan balasan Allah terhadap manusia. Bukan sahaja wabak penyakit tetapi juga banjir, tsunami, taufan, kelaparan gempa bumi, kekurangan makanan, peperangan, penyakit2 yang menular dan lain-lain.

Oleh itu, sebagai manusia terutamanya beriman kepada Allah, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita sebagai hambaNya supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan beriman kepada Allah dengan sebenar2nya serta beramal soleh.

Adalah menjadi satu kerugian sekiranya umur yang diberikan kepada kita hanya dihabiskan dengan melakukan amalan-amalan dan perangai yang tidak baik dan bertentangan dengan syariat Islam.

Renung2 dan fikir2 kanlah.

INFLUENZA A H1N1, TANGANI DENGAN BERKESAN.


FAKTA MENGENAI INFLUENZA A H1NI

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

d. Wanita mengandung

e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
• Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

• Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

• Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
• Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
• Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
• Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
• Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

h. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai

Sabtu, 22 Ogos 2009

DOA SOLAT TERAWIH

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهم اجعل بالإيمان كاملين، ولفرائضك مؤدين، وعلى الصلوات محافظين، وللزكاة فاعلين، ولما عندك طالبين، ولعفوك راجين، وبالهدى متمسكين، وعن اللغو معرضين، وفي الدنيا زاهدين، وفي الآخرة راغبين، وبالقضاء راضين، وبالنعماء شاكرين، وعلى البلايا صابرين،
وتحت لواء سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم يوم القيامة سائرين، وعلى الحوض واردين، وفي الجنة داخلين، وعلى سريرة الكرامة قاعدين، وبحور عين متزوجين، ومن سندس وإستبرق وديباج متلبسين، ومن طعام الجنة آكلين، ومن لبن وعسل مصفين شاربين، بأكواب وأباريق وكأس من معين، مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين .
اللهم اجعلنا في هذه الليلة الشهر الشريفة المباركة من السعداء المقبولين، ولا تجعلنا من الأشقياء المردودين، إلهنا عافنا واعف عنا واغفر اللهم لنا ولوالدينا ولأمهاتنا ولإخواننا ولأخواتنا ولأزواجنا ولأهلينا ولأهل بيتنا ولأجدادنا ولجداتنا ولمشائخنا ولمعلمينا ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات،
واكتب اللهم السلامة والعافية علينا وعليهم وعلى عبيدك الحجاج والغزاة والزوار والمسافرين والمقيمين في البر والبحر من المسلمين،
وقنا شر الظالمين، فانصرنا على القوم الكافرين، يا مجيب السائلين ، واختم لنا ياربنا منك بخير ياأرحم الراحمين .
وصلى الله على خير خلقه محمد وعلى آله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين.

PEDOMAN IKTIKAF


Tujuan Iktikaf:

Antara tujuan dan hikmah pensyariatan iktikaf ialah:

1. Melapangkan diri daripada kesibukan dunia dan anak isteri serta membina kekuatan dalam melancarkan kegiatan seharian.

2. Kalaulah Ramadhan merupakan sebulan ujian yang penuh rahmat bagi setahun, iktikaf pada sepuluh terakhir itu pula adalah ujian khas dan lebih sukar kepada orang-orang yang telah berjaya menempuh ujian sebelum itu.

3. Berusaha mendapatkan Lailatulqadar dengan mencontohi cara Rasulullah S.A.W.

PEDOMAN IKTIKAF


KELEBIHAN IKTIKAF

Menurut Ibn Abbas r.a, Nabi S.A.W pernah bersabda:

ومن اعتكف يوما ابتغاء وجه الله جعل لله بينه وبين النار ثلاث خنادق. كل خندق أبعد مما بين خافقين.

"Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana mencarai keredhaan ALLAH, Dia akan menjadikan antara dirinya dan Api Neraka sejauh tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. -Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Hakim.Al-Hakim mengatakan bahawa sanad hadith ini sahih-.

Jumaat, 21 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN 1430 H


Assalamualaikum, sekian lama tidak update...insya Allah..ada kesempatan baru boleh update. Sedar atau tidak setahun telah berlalu. Kini tiba pula Ramadhan 1430 H. Masa berlalu begitu pantas dan cepat.

Dimanakah kedudukan puasa kita?

Imam Ghazali dalam kitabnya: "Ihya' Ulumuddin" menyebut: Puasa ada tiga kedudukan. puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa al-Umum: Menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.

Puasa al-Khusus: Menahan pendengaran, penglihata, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.

Puasa Khusus al-Khusus: Menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan Hari Akhirat.Ini termasuk jika memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukannya urusan keduniaan.

TEPUK DADA...TANYA DIRI KITA....

MAMPUKAH KITA MENJADIKAN PUASA TAHUN INI SEBAGAI PUASA YANG PALING BAIK SEPANJANG

HIDUP KITA DI ATAS DUNIA.

MUNGKIN...SIAPA TAHU...PUASA TAHUN INI ADALAH YANG TERAKHIR UNTUK KITA....SELEPAS
INI DIJEMPUT OLEHNYA..

BERSIAP SEDIALAH.....BERSAMALAH MENCARI PAHALA....

Sabtu, 8 Ogos 2009

MAJLIS SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN



Alhamdulillah, hari ini Madrasah Kg. Temusu menganjurkan program sambut puasa. Program ini tiap-tiap tahun diadakan bertujuan menghayati, mengingati dan persediaan awal untuk masyarakat Kg. Temusu meingimarahkan bulan puasa dengan sebaik mungkin. Pelbagai acara dan aktiviti telah dirancang antaranya mesyuarat, tahlil, ceramah, nasyid dan gotong-royong menyediakan makanan dan minuman termasuk gotong-royong membersihkan kawasan. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah. Sesungguhnya, orang-orang yang memakmurkan rumah Allah adalah orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Dewasa ini, mebangunkan surau atau masjid adalah mudah, tetapi mengimarahkannya adalah satu usaha yang amat berat. Umat Islam tidak meruntuhkan masjid dan surau akan tetapi menghancurkan peranannya. Samala-samalah kita renung dan bertindak.

Jumaat, 7 Ogos 2009

QIAMULLAIL UPSR



Alhamdulillah, 23 dan 30 Julai 2009, Panitia Agama Islam SK Batu Pekaka, telah menganjurkan Program Bacaan Yaasin dan Qiamullail sebagai persiapan untuk murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR. Setelah berusaha, maka kepada Allah jua kita mengharapkan pemberian dan hajat dikabulkan olehNya. Benarlah kata-kata Allah: setelah kamu berusaha...maka bertawakkal lah kepada Allah. Mudah-mudahan berjaya.

Ingat pada tahun 1989. Menduduki peperiksaan UPSR pada ketika itu. tapi....cikgu-cikgu ngan ustaz dan ustazah tak buat program macam nie pun...beruntunglah murid-murid sekarang, dunia dikejar....akhirat tidak dilupakan...malahan berlipat ganda.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة