Sabtu, 31 Oktober 2009

KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH





31 OKTOBER - Telah dijemput berkongsi ilmu menyampaikan maklumat berkenaan dengan Kursus Asas Pengurusan Jenazah untuk remaja.

Bertempat di Masjid Tok Bandar Pulai, Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat jam 3.30 petang.

Banyak perkara yang disentuh bermula dari nazak hinggalah pengebumian mayat.

Besarlah harapan agar ilmu ini dapat dimanfaat bersama oleh peserta-peserta yang datang mendengar celoteh saya tadi.

Dengar dan balik buat dan praktik. Insya Allah mampu buat.

Tanggungjawan mengurus jenazah bukanlah kerja imam, bilal dan siak sahaja tetapi tugas masyarakat bersama. Bersamalah kita lahirkan masyarakat yang peka ilmu dan mantap pengetahuan tentang masalah ini.

Khamis, 29 Oktober 2009

KUTIPAN DATA e-PELAPORAN 6 BULAN KEDUA





29 Oktober: Alhamdulillah, petang tadi berkampung pula di Makmal ICT, SK Sik, untuk hantar data e-Pelaporan 6 bulan kedua.

Pengesahan penyertaan untuk Majlis Khatam al-Quran 2009 juga telah dibuat. Jumlah penyertan (tilawah L ; 40 peserta, perempuan ; 40 peserta), kalam jamaie (4 sekolah), dikir barat (5 sekolah) dan kuiz (22 pasukan).

Sebelum itu majlis dimulai dengan taklimat perjalanan program j-QAF untuk tahun ini oleh Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik, Ust Mohd Yusoff Hj. Abdullah.

Laporan untuk KLAQ, KBS dan Kem Aqil Baligh juga dikutip.

Tahniah, terima kasih kepada semua...... jumpa lagi untuk program seterusnya....

Rabu, 28 Oktober 2009

MESYUARAT j-QAF DAERAH BALING SIK






Alhamdulillah, petang tadi dah selesai Mesyuarat Pelaksanaan Program untuk j-QAF Daerah Balin Sik, saki baki untuk tahun 2009. Banyak program yang dibincangkan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir, memberi komitmen dan semangat anda semua mudah-mudahan akan dihitung sebaik mungkin oleh pencipta kita semua.

Rabu, 21 Oktober 2009

BERKONGSI ILMU DI SK ASAM JAWA








Alhamdulillah, saya telah dijemput untuk berkongsi ilmu di SK Asam Jawa yang telah menganjurkan program Khemah Ibadah. Terdiri daripada 60++ murid yang hadir. Terima kasih kerana menjemput saya menjayakan majlis. Semoga usaha kita akan mendapat balasan yang setimpal. Ameen.

Ahad, 18 Oktober 2009

KEM LITERASI AL-QURAN 2009



Alhamdulillah, SK Pulai dengan kerjasama Masjid Tok Bandar, Pulai telah melaksanakan KEM LITERASI AL-QURAN pada 16 Oktober 2009.

Seramai 40 orang peserta dan 11 orang Fasilitator telah terlibat.

KEM AKIL BALIGH SK PAYA BESAR




Saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di SK Paya Besar pada 15 Oktober lalu, untuk Kem Akil Baligh.

Berkongsi ilmu mengenai Pembahagian Najis dan Solat Jenazah.

Terima kasih, sudi jemput saya.

Jumaat, 9 Oktober 2009

KARNIVAL PRA SEKOLAH 2009




Alhamdulillah, saya telah terlibat dengan Karnival Pra Sekolah 2009 Peringkat PPD Daerah Baling Sik yang diberlangsung di Sek Keb Bandar Baru Beris Jaya Sik, bahagian dokumentasi.

Macam-macam acara ada. Penyampaian hadiah oleh PPD Baling Sik.

JAMUAN HARI RAYA KG. TEMUSU







Alhamdulillah, Jamuan Hari Raya 'Idilfitri berjaya dilaksanakan di Surau Kg. Temusu, Pulai. Ramai penduduk-penduduk Kg. Temusu hadir.

Ini adalah jamuan yang pertama kali diadakan. Pakat-pakat kutip duit, sorang sikit, dapat lah buat majlis nie.

Mudah-mudahan, syukurnya kita kepada Allah, ditambahkan lagi ni'mat yang banyak. Ameen.

Jumaat, 2 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA 'IDILFITRI 2009

SK BATU PEKAKA TELAH MENGANJURKAN JAMUAN HARI RAYA 'IDILFITRI 1430 H PADA HARI RABU BERSAMAAN 30 SEPTEMBER 2009. PELBAGAI JAMUAN DISEDIAKAN. NASI TOMATO, AYAM MERAH, NASI IMPIT, LONTONG, AGAR-AGAR DLL.

BEKAS GURU BESAR, PUAN HAJJAH RADIAH BINTI PIAH (KINI GB SK KAMPONG GELAM, AS) TURUT HADIR. TERIMA KASIH.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة