Khamis, 28 Mei 2009

CUTI SEKOLAH



Bermula, 29 Mei 2009 hingga 13 Jun 2009, bermulalah Cuti Sekolah untuk pertengahan penggal persekolah. SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU SK BATU PEKAKA. Teruskan usaha mendidik anak bangsa. Buat guru-guru yang ada kelas tambahan......teruskan mendidik murid-murid tahun enam untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Selamat berjuang.



SELAMAT BERCUTI.....RANCANG CUTI ANDA SEBAIK MUNGKIN

TAKLIMAT E-PELAPORAN j-QAF 2009



Alhamdulillah, pada 27hb Mei 2009, satu taklimat mengenai e-pelaporan data untuk j-QAF 2009 bagi Zon Kuala Ketil dan Zon Sik telah diadakan di Makmal Komputer SK Sik. Taklimat disampaikan oleh Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Yusof bin Abdullah dan Fasilitator Ustaz Lutfi dan Ustaz Shukri. Data akan dihantar pada 21 Jun 2009 di Makmal Komputer SMK Baling. Maaf. Tiada paparan gambar. Terlupa bawa kamera.

Ahad, 24 Mei 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 SIRI 2



Seramai 44 orang orang pelajar tahun 6 Arif SK Lanai menyertai Program Motivasi membina akhlak cemerlang yang dianjurkan oleh Titian Gemilang. Alhamdulillah program berjalan lancar dan berjaya. Fasilitator....saya, Abang Jet dan Kak Siti. Tahniah dan terima kasih semua

Isnin, 18 Mei 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKBP







Pada 17 MEI, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka telah diadakan. Banyak acara dan program yang diatur, antaranya, Perlawanan Persahabatan Guru dan Murid (Lelaki-Bola Sepak, guru menang 2-1), (Perempuan-Boling Padang). Acara-acara lain ialah, persembahan guru, persembahan pelajar seperti Pra-Sekolah, Pendidikan Khas, Nasyid, Action Song, pertukaran hadiah antara guru dan Jamuan Makan guru. Alhamdulillah, banyak juga hadiah yang saya dapat. Terima Kasih buat semua murid-muridku yang memberi sokongan untuk ustazmu meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik. Jasa, ingatan, kerjasama serta dorongan anda sentiasa berada dalam ingatanku. Doa kalian .....semoga terus diriku diberi kekuatan untuk membimbing ummah. Ameen. Tidak lupa juga untuk rakan-rakan guru, Ikhlaskan diri dalam perjuangan mendidik generasi kita menjadi insan berguna.....

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Pada 16 MEI 2009 saya dan rakan-rakan, Abang Jet, Abang Khaeri, Kak Siti dan Kak Syikin terlibat dengan Program Motivasi Tahun 6 Bestari Sekolah Kebangsaan Lanai bertempat di Pusat Bimbingan & Motivasi Titian Gemilang, Kupang, Baling, Kedah. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.

Ahad, 17 Mei 2009

KEJOHANAN KRIKET BAWAH 12 TAHUN MSSK






Alhamdulillah, pada tanggal 14-16 Mei 2009, pasukan kriket SK Batu Pekaka telah mewakili PPD Daerah Baling Sik ke Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSK Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar. Prestasi pemain amat membanggakan. Walaupun mendapat tempat ketigam tetapi TAHNIAH buat anda semua,,,,berjaya menunjukkan semangat juang kesukanan yang tinggi. 3 menang 1 kalah. TAHNIAH...EN. NAGANATHAN, EN. MOHD KHAIRI, Girithar, Asyraf Ali, Azri Ali, Rushdan, NurHaiqal, Afiq Farhan, Fikri, Hazim, Aiman Zhafry, Amirul Arif, Miqdad, Hanif, Arif, Sarvin, Sathia, Asyraf Azmi dan Syamil Khan. teruskan usaha anda. Ingatlah.....perjuangan yang paling penting pu;un untuk UPSR....pastikan 5A dapat dicapai....anda mampu melakukan....masa hanya ada 100 hari saja lagi....buktikan kejayan untuk guru, ibu bapa dan warga sekolah. BERJAYA.....BERJAYA.....BERJAYA.

Rabu, 13 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU BUAT SELURUH RAKAN GURU DI SEANTERO DUNIA, KHUSUSNYA SAHABAT-SAHABAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PEKAKA. GURU UMPAMA PERMATA YANG BERSINAT DI WAKTU GELAP. TERIMA KASIH GURU.

Selasa, 12 Mei 2009

Sabtu, 9 Mei 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN KRIKET






Alhamdulillah, 7 Jun 2009 (Khamis) telah diadakan perlawanan Persahabatan Kriket antara SK Batu Pekaka vs SK Labu Besar. Alhamdulillah, SK Batu Pekaka beroleh kemenangan, nasib jer tue....78-74. Hari Selasa akan datang, perlawanan timbal balas di SK Labu Besar. Usaha lagi...untuk ke Pertandingan Kriket peringkat negeri di SK Sungai Layar. Usaha tangga kejayaan.

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH




Pada 6 Jun 2009, Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Baling Sik 2009 telah diadakan di SMK Bakai. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Sajak (SR/SM), Poster (SR/SM), Dikir Barat (SM), Nasyid (SM) dan Boria (SR). Tahniah kepada pemenang.

Ahad, 3 Mei 2009

PENGUMUMAN

MAJLIS PELANCARAN ALUMNI SMKAY AKAN DIADAKAN PADA:

TARIKH : 13 JUN 2009
JAM : 9.30 - 10.30 (PENDAFTARAN)
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN LUKMAN AL-HAKIM, SMKAY

BAYARAN SEORANG RM 25.00 BOLEH DIBUAT DI AKAUN BANK ISLAM (PIBG SMKAY - 02084010002427).

BUKTI PEMBAYARAN BOLEH DIEMAIL KE alumnismkay@gmail.com atau dihantar ke; Pengerusi Persatuan Alumni SMKAY, d/a SMKA Yan, 06900 Yan, Kedah Darul Aman.

BAYARAN DIBUAT SEBELUM 1 JUN 2009.

TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA.

MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJA MAJLIS PELANCARAN ALUMNI SMKAY






Alhamdulillah, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, dugaan, mihnah dan tribulasi, Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Majlis Pelancaran Alumni SMKAY kali pertama berjaya diadakan dengan jayanya. Kira berjaya, ramai yang hadir. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan mesyuarat Syukur...berjaya jua...

Jumaat, 1 Mei 2009

MAJLIS JASAMU DIKENANG






Adat dan Sunnah Kehidupan....Yang Hidup Akan Pergi, Yang Ada Silih Bertukar....Patah Tumbuh Hilang Berganti.......ADAT DAN RESAM DUNIA

PIBG dan Badan Kebajikan Guru SK Batu Pekaka telah menganjurkan Majlis Jasamu DiKenang. Majlis ini khusus untuk Tn. Hj. Rosman (AJK PIBG) yang akan bertukar ke Negeri Sembilan dan Cikgu Jailani (pindah ke SK Rambong) serta Cikgu Rabil (pindah ke SK Tasek Apong). Tn. Hj. Rosman dan Cikgu Jai...hadir.....Cikgu Rabil....entah ke mana perginya.....
Jamuan makan......dan penyampaian hadia.....ada.....Nasi Beriani, ayam masak merah, rojak, singapore pie, bubur pulut hitam, kuih-muih dan macam-macam lagi....Alhamdulillah...rezeki diberi ALlah kepada kita semua.

Majlis juga mengalukan Selamat Datang kepada warga baru SK Batu Pekaka.....Pn. Zamrah, Pn. Noraewin, Tn. Fairuz...Selamat Bertugas....Sama-sama kita gembleng tenaga untuk kemajuan dan kecemerlangan SK Batu Pekaka.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة