Jumaat, 9 April 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TUNKU PUAN HABSAH

8 APRIL - Mesyuarat Agung PIBG SK Tunku Puan Habsah telah berjaya dilaksanakan. Ini adalah tahun pertama saya menghadiri dan mengikuti Mesyuarat Agung PIBG di sini. Sebelum ini, tiga tahun di SK Batu Pekaka, Kuala Ketil.

Di sini, saya telah ditugaskan sebagai Pengacara Majlis. Biasanya...ustaz nie bagi bahagian doa ja...Alhamdulillah dapat kepercayaan dan tugas baru...menambahkan pengetahuan dan pengalaman....jangan tetap dan berpencen sudah lah...

Tahniah kepada semua warga sekolah terutamanya guru yang memberi komitmen tidak berbelah bagi.....untuk menjayakan majlis ini. TAHNIAH...

SUASANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35

Selasa, 6 April 2010

MTQ PPD BALING SIK 2010M/1431H

Alhamdulillah, Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Baling Sik telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Jawatankuasa Induk Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

CORAT-CORET MTQ 1431H/2010M di bawah:-

AHLI PANEL FORUM KECEMERLANGAN PRAKTIKUM IPDA




Pada 9 Mac 2010, bertempat di Dewan Za'ba IPG Kampus Darulaman, telah berlangsung Forum Kecemerlangan Praktikum yang dianjurkan oleh Unit Praktikum dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011. Forum yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar PISMP Semester 5 & Semester 7 antara lain merupakan salah satu usaha Unit Praktikum untuk membantu guru-guru pelatih dalam menghadapi hari-hari praktikum mereka di sekolah. Ahli-ahli panel terdiri daripada pelajar Cemerlang Praktikum lulusan IPG Kampus Darulaman yang kini berkhidmat sebagai Guru Penolong di sekolah rendah dalam negeri Kedah Darul Aman dan Guru Tabika KEMAS. UST Mohd Khairi b. Mohd Shaari merupakan Guru Penolong, di Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, Pn. Norhasyini bt. Abdul Mutalib kini berkhidmat sebagai Guru Penolong, di Sekolah Kebangsaan Sungkap Para, Pn. Cik Rodhi bt. Mat Isa merupakan Guru Penolong, di Sekolah Kebangsaan Jitra 3 dan Pn. Wan Nur Faizah bt. Ismail kini bertugas di TABIKA KEMAS Alor Terong. Sebagai pelajar yang pernah diiktiraf Cemerlang Praktikum, guru-guru berkenaan dijemput khas untuk berkongsi tips dan pengalaman mereka sehingga membolehkan mereka berjaya memperolehi dan mencapai status Cemerlang Praktikum. Moderator forum ini adalah Saudara Muhammad Solehuddin b. Abdul Roni, pelajar PISMP Semester 7. Forum ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Tuan Haji Hashim bin Asman yang sudi menyampaikan sijil dan cenderahati. Forum ini diharap dapat memberi input dan info yang bermakna kepada pelajar PISMP Semester 5 & Semester 7 dalam menghadapi dan mengharungi pelaksanaan praktikum.

Maklumat lanjut layari:- http://apps.emoe.gov.my/bpg/




Sabtu, 20 Februari 2010

الفاتحة...........AL-FATIHAH

15 Februari 2010 bersamaan 1 Rabiul Awwal 1431....perginya penyeri keluarga....iaitu nenda yang tercinta....Samsiah binti Othman menghadap Illahi jam 4.30 pagi ketika berumur 84 tahun.

Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh, para syuhada....dan dimasukkan ke dalam syurga...Ameen....Ya Rabbal 'Alamin.

AL-FATIHAH...

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاَ وَارْحَمْهاَ وَعَافِهاَ وَاعْفُ عَنْهاَ

Jumaat, 15 Januari 2010

GERHANA MATAHARI SEPARA 15 JANUARI 2010






Salam untuk semua,

Dua minggu lalu, kita berpeluang menyaksikan gerhana bulan. Pada hari ini, Insya Allah sekali lagi tanda kekuasaan Allah ditunjukkan kepada kita iaitu Gerhana Separa Matahari.

Walaupun sekiranya diteliti, ini adalah merupakan fenomena astronomi; akan tetapi disebalinya tersingkap kekuasaan dan kehebatan Allah taa'ala. Ini kerana; peristiwa begini jarang-jarang sekali berlaku.

Mengikut Islam; Inilah tanda dan contoh kepatuhan Makhluk kepada tuannya. Jika Matahari boleh patuh; kenapa kita tidak... Banyakkan ingatkan Allah..

Maklumat gerhana;

sila klik sini 1
sila klik sini 2

PEMANTAUAN j-QAF 2010 NEGERI KEDAH

Maklumat ini dari : Blog Ustaz Abdul Somad bin Abdullah
PPK j-QAF JPN KEDAH
http://ustazabdulsomad.blogspot.com

Untuk Perhatian Guru GPI & Guru j-QAF Daerah Baling Sik.


Assalamualaikum,

Dimaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam Program j-QAF di seluruh negeri Kedah supaya dapat membuat persediaan awal tentang perkara-perkara berikut (rekod murid ) untuk tujuan semakan siri pemantauan 2010 ini. Antaranya ialah:

1. Rekod lengkap bacaan Iqra', Khatam Al-Quran murid program j-QAF
(rekod Tasmik dan juga rekod BIG )
2. Rekod PKSR Bahasa Arab.
3. Rekod pemulihan jawi.
4. Rekod KLAQ
5. Takwim Aktiviti Pelaksanaan Program j-QAF Tahun 2010.

Selain daripada itu pengurusan program j-QAF juga dikehendaki menyedia dan mengedarkan rumusan pencapaian murid program j-QAF sekolah masing-masing kepada semua guru Pendidikan Islam dan GPI j-QAF yang diedit dari perolehan data e-Pelaporan Oktober 2009 sekolah masing-masing untuk tujuan semakan dan tindakan.

Kerjasama tuan/puan ke arah memantapkan Pendidikan Islam didahului dengan ucapan ribuan teriam kasih.


Yang menurut perintah:
Penolong Pengarah Kanan j-QAF
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE- 36

Maklumat mengenai MTQSS 1431H/2010M boleh dibaca & dimuat turun di sini;

* Semoga memberi manfaat bersama;-

SOALAN MTQSS_2010

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة