Jumaat, 6 November 2009

MESYUARAT PEMURNIAAN MODUK KLAQ








3 NOVEMBER - Seramai 35 orang guru-guru j-QAF berkampung di SK Seri Dusun, untuk menghadiri taklimat modul kepada fasilitator, bagi kem literasi al-Quran yang akan dijalankan pada 8 dan 9 November 2009 di Masjid al-Maarif, Bukit Tok Kaya Pulai.

Mesyuarat dimulakan dengan taklimat oleh (Ust Mohd Yusoff bin Abdullah), Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik.

Terima kasih dan tahniah, kepada semua guru-guru j-QAF yang terlibat.

Bersamalah kita berusaha membangunkan generasi kita agar menjadi khayrun ummah.

Ahad, 1 November 2009

KURSUS PEMANTAPAN j-QAF AMBILAN JANUARI 2008





1 NOVEMBER - Hari ini ada lagi program, berkampung di PUSTIKA, Sik. Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam j-QAF ambilan 2008. Seramai 35 orang peserta telah hadir. Fasilitator 8 orang.

Bertungkus lumus, menyediakan bahan, dan sediakan maklumat.

Sabtu, 31 Oktober 2009

KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH





31 OKTOBER - Telah dijemput berkongsi ilmu menyampaikan maklumat berkenaan dengan Kursus Asas Pengurusan Jenazah untuk remaja.

Bertempat di Masjid Tok Bandar Pulai, Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat jam 3.30 petang.

Banyak perkara yang disentuh bermula dari nazak hinggalah pengebumian mayat.

Besarlah harapan agar ilmu ini dapat dimanfaat bersama oleh peserta-peserta yang datang mendengar celoteh saya tadi.

Dengar dan balik buat dan praktik. Insya Allah mampu buat.

Tanggungjawan mengurus jenazah bukanlah kerja imam, bilal dan siak sahaja tetapi tugas masyarakat bersama. Bersamalah kita lahirkan masyarakat yang peka ilmu dan mantap pengetahuan tentang masalah ini.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة