Khamis, 29 Januari 2009

j-QAF DAPAT BILIK BARU





Terima kasih Tuan Guru Besar, Puan Hajjah Radiah binti Piah, sudi memberi bilik baru kepada unit j-QAF. Insya Allah, bilik baru ini akan digunakan sebaik mungkin untuk murid-murid agar Pendidikan Islam di SK Batu Pekaka akan dapat dipertingkatkan.

GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA





Alhamdulillah, Panitia Pendidikan Islam telah berjaya menganjurkan Majlis Gotong-Royong Penyedediaan Bubur Asyura 1430 H bertempat di Bilik Pekerja SK Batu Pekaka. Bermula jam 8.30 pagi, kerja-kerja penyediaan bahan dan mengacau dilakukan. Bantuan dari chef yang berpengalaman, Cikgu Abu Bakar bin Saad, sedap...bubur yang dimasak. Bubur diagihkan kepada semua murid-murid SK Batu Pekaka. Terima kasih, Syukra, Thank you, buat semua guru dan staff SK Batu Pekaka yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahun depan, buat lagi......

TAKLIMAT WARIS TAHUN SATU


Alhamdullillah, Panitia Pendidikan Islam melalui unit j-QAF diberi ruang masa untuk menyampaikan taklimat kepada waris dan ibu bapa murid-murid tahun satu sesi 2009. Taklimat j-QAF telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairi bin Mohd Shaari. Beliau menyentuh berkenaan program j-QAF yang telah masuk tahun ketiga pelaksanaannya di SK Batu Pekaka. Harapannya, agar ibu bapa memberi kerjasama dan sokongan yang baik bagi menjayakan program ini.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة