Khamis, 28 Mei 2009

CUTI SEKOLAH



Bermula, 29 Mei 2009 hingga 13 Jun 2009, bermulalah Cuti Sekolah untuk pertengahan penggal persekolah. SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU SK BATU PEKAKA. Teruskan usaha mendidik anak bangsa. Buat guru-guru yang ada kelas tambahan......teruskan mendidik murid-murid tahun enam untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Selamat berjuang.



SELAMAT BERCUTI.....RANCANG CUTI ANDA SEBAIK MUNGKIN

TAKLIMAT E-PELAPORAN j-QAF 2009



Alhamdulillah, pada 27hb Mei 2009, satu taklimat mengenai e-pelaporan data untuk j-QAF 2009 bagi Zon Kuala Ketil dan Zon Sik telah diadakan di Makmal Komputer SK Sik. Taklimat disampaikan oleh Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Yusof bin Abdullah dan Fasilitator Ustaz Lutfi dan Ustaz Shukri. Data akan dihantar pada 21 Jun 2009 di Makmal Komputer SMK Baling. Maaf. Tiada paparan gambar. Terlupa bawa kamera.

Ahad, 24 Mei 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 SIRI 2



Seramai 44 orang orang pelajar tahun 6 Arif SK Lanai menyertai Program Motivasi membina akhlak cemerlang yang dianjurkan oleh Titian Gemilang. Alhamdulillah program berjalan lancar dan berjaya. Fasilitator....saya, Abang Jet dan Kak Siti. Tahniah dan terima kasih semua

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة