JADILAH HAMBA ALLAH YANG BERJAYA DI DUNIA YANG FANA INI SERTA DI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI.
Khamis, 4 Jun 2009
MACAM YB LAH PULAK
Alhamdulillah, pada 30 Mei lalu, saya telah menghadiri meeting tergempar ALUMNI SMKAYAN bagi membincangkan perkembangan terkini Majlis Pelancaran Alumni SMKAYAN yang dijadual pada 13 Jun 2009. Ramai rakan-rakan terutama adik-adik yang datang menjayakan mesyuarat. Waktu mesyuarat, pengerusi Alumni, yang juga Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Yan mendapat panggilan telefon memaklumkan mengenai ribut. Dia bergegas hendak ke sana dan saya turut serta untuk melihat bencana itu. 2 rumah sempat dilawati. Rumah pertama berjumpa dengan Exco Kedah Ustazah dan rombongan....Rumah kedua keadaan agak teruk.. Lepas melawat, pergi ke Pendang untuk menghadiri Majlis Walimatu Urus seorang rakan (Ahmad Syahid). Kemudian di Tebengau. Sebelah malam, melawat saudara Radin Sharopi Pengerusi ALUMNI batch 2008 (sakit appendix). Alhamdulillah, saya sampai agak lewat di rumah jam 11.00 malam...Jalan sakan...Kira-Kira macam YB lah pulak...letih kalau jadi YB nie yah.....
Khamis, 28 Mei 2009
CUTI SEKOLAH

Bermula, 29 Mei 2009 hingga 13 Jun 2009, bermulalah Cuti Sekolah untuk pertengahan penggal persekolah. SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU SK BATU PEKAKA. Teruskan usaha mendidik anak bangsa. Buat guru-guru yang ada kelas tambahan......teruskan mendidik murid-murid tahun enam untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Selamat berjuang.
SELAMAT BERCUTI.....RANCANG CUTI ANDA SEBAIK MUNGKIN
TAKLIMAT E-PELAPORAN j-QAF 2009


Alhamdulillah, pada 27hb Mei 2009, satu taklimat mengenai e-pelaporan data untuk j-QAF 2009 bagi Zon Kuala Ketil dan Zon Sik telah diadakan di Makmal Komputer SK Sik. Taklimat disampaikan oleh Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Yusof bin Abdullah dan Fasilitator Ustaz Lutfi dan Ustaz Shukri. Data akan dihantar pada 21 Jun 2009 di Makmal Komputer SMK Baling. Maaf. Tiada paparan gambar. Terlupa bawa kamera.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hidup
Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.
