Sabtu, 31 Oktober 2009

KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH





31 OKTOBER - Telah dijemput berkongsi ilmu menyampaikan maklumat berkenaan dengan Kursus Asas Pengurusan Jenazah untuk remaja.

Bertempat di Masjid Tok Bandar Pulai, Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat jam 3.30 petang.

Banyak perkara yang disentuh bermula dari nazak hinggalah pengebumian mayat.

Besarlah harapan agar ilmu ini dapat dimanfaat bersama oleh peserta-peserta yang datang mendengar celoteh saya tadi.

Dengar dan balik buat dan praktik. Insya Allah mampu buat.

Tanggungjawan mengurus jenazah bukanlah kerja imam, bilal dan siak sahaja tetapi tugas masyarakat bersama. Bersamalah kita lahirkan masyarakat yang peka ilmu dan mantap pengetahuan tentang masalah ini.

Khamis, 29 Oktober 2009

KUTIPAN DATA e-PELAPORAN 6 BULAN KEDUA





29 Oktober: Alhamdulillah, petang tadi berkampung pula di Makmal ICT, SK Sik, untuk hantar data e-Pelaporan 6 bulan kedua.

Pengesahan penyertaan untuk Majlis Khatam al-Quran 2009 juga telah dibuat. Jumlah penyertan (tilawah L ; 40 peserta, perempuan ; 40 peserta), kalam jamaie (4 sekolah), dikir barat (5 sekolah) dan kuiz (22 pasukan).

Sebelum itu majlis dimulai dengan taklimat perjalanan program j-QAF untuk tahun ini oleh Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik, Ust Mohd Yusoff Hj. Abdullah.

Laporan untuk KLAQ, KBS dan Kem Aqil Baligh juga dikutip.

Tahniah, terima kasih kepada semua...... jumpa lagi untuk program seterusnya....

Rabu, 28 Oktober 2009

MESYUARAT j-QAF DAERAH BALING SIK






Alhamdulillah, petang tadi dah selesai Mesyuarat Pelaksanaan Program untuk j-QAF Daerah Balin Sik, saki baki untuk tahun 2009. Banyak program yang dibincangkan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir, memberi komitmen dan semangat anda semua mudah-mudahan akan dihitung sebaik mungkin oleh pencipta kita semua.

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة