Isnin, 18 Mei 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKBP







Pada 17 MEI, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka telah diadakan. Banyak acara dan program yang diatur, antaranya, Perlawanan Persahabatan Guru dan Murid (Lelaki-Bola Sepak, guru menang 2-1), (Perempuan-Boling Padang). Acara-acara lain ialah, persembahan guru, persembahan pelajar seperti Pra-Sekolah, Pendidikan Khas, Nasyid, Action Song, pertukaran hadiah antara guru dan Jamuan Makan guru. Alhamdulillah, banyak juga hadiah yang saya dapat. Terima Kasih buat semua murid-muridku yang memberi sokongan untuk ustazmu meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik. Jasa, ingatan, kerjasama serta dorongan anda sentiasa berada dalam ingatanku. Doa kalian .....semoga terus diriku diberi kekuatan untuk membimbing ummah. Ameen. Tidak lupa juga untuk rakan-rakan guru, Ikhlaskan diri dalam perjuangan mendidik generasi kita menjadi insan berguna.....

Tiada ulasan:

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة