Rabu, 26 Ogos 2009

PENGAJARAN DI SEBALIK A H1NI



Hakikatnya, pelbagai cara, kaedah, langkah, tindakan, amalan perubatan, idea, vaksin, suntikan dan metod telah diambil dan sedang diberi serta dikaji oleh pengamal perubatan dan para saintis untuk membendung serta mengurang kematian di sebabkan virus yang melanda dan menyerang manusia ini.

Sehingga artikel ini ditulis, seramai 70 orang telah menjadikan korban virus ini di Malaysia. Manakala WHO melaporkan sebanyak 239,397 orang dijangkiti wabak tersebut yang melibatkan 2,578 kematian di 182 negara. Ini adalah kes yang dilaporkan....sudah tentu kes yang tidak dilaporkan juga ada dan kemungkinan tinggi.....sehinggakan ada negara yang sudah berhenti dari mengira jumlah korban dan rakyat yang dijangkiti.....

Sesungguhnya, ujian dan bala bencana tidak putus-putus menimpa manusia bermula dari dahulu hingga sekarang dan akan datang. Adakah fenomena ini adalah secara kebetulan atau termasuk dalam perancangan ALLAH.

Kemunculan wabak penyakit seperti AIDS, TAUN, SELSEMA BURUNG, SELSEMA BABI (A H1N1), KANSER, DLL. bukan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja tetapi sebagai pembalasan kepada manusia di atas apa yang dilakukan sebagai peringatan dan memberi keinsafan kepada kita semua.

Berdasarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah, sememangnya terdapat perkaitan yang kuat dan tuntas kenapa?, dan mengapa? bala bencana dan musibah diturunkan kepada manusia, adalah disebabkan perangai, tindak tanduk dan tingkah laku manusia itu sendiri.

Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:

"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan sebahagian daripada perbuatan buruk mereka supaya insaf dan bertaubat".

Sesungguhnya, pelbagai jenis mala petaka dan balasan Allah terhadap manusia. Bukan sahaja wabak penyakit tetapi juga banjir, tsunami, taufan, kelaparan gempa bumi, kekurangan makanan, peperangan, penyakit2 yang menular dan lain-lain.

Oleh itu, sebagai manusia terutamanya beriman kepada Allah, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita sebagai hambaNya supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan beriman kepada Allah dengan sebenar2nya serta beramal soleh.

Adalah menjadi satu kerugian sekiranya umur yang diberikan kepada kita hanya dihabiskan dengan melakukan amalan-amalan dan perangai yang tidak baik dan bertentangan dengan syariat Islam.

Renung2 dan fikir2 kanlah.

Tiada ulasan:

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة