Selasa, 6 April 2010

AHLI PANEL FORUM KECEMERLANGAN PRAKTIKUM IPDA




Pada 9 Mac 2010, bertempat di Dewan Za'ba IPG Kampus Darulaman, telah berlangsung Forum Kecemerlangan Praktikum yang dianjurkan oleh Unit Praktikum dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011. Forum yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar PISMP Semester 5 & Semester 7 antara lain merupakan salah satu usaha Unit Praktikum untuk membantu guru-guru pelatih dalam menghadapi hari-hari praktikum mereka di sekolah. Ahli-ahli panel terdiri daripada pelajar Cemerlang Praktikum lulusan IPG Kampus Darulaman yang kini berkhidmat sebagai Guru Penolong di sekolah rendah dalam negeri Kedah Darul Aman dan Guru Tabika KEMAS. UST Mohd Khairi b. Mohd Shaari merupakan Guru Penolong, di Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, Pn. Norhasyini bt. Abdul Mutalib kini berkhidmat sebagai Guru Penolong, di Sekolah Kebangsaan Sungkap Para, Pn. Cik Rodhi bt. Mat Isa merupakan Guru Penolong, di Sekolah Kebangsaan Jitra 3 dan Pn. Wan Nur Faizah bt. Ismail kini bertugas di TABIKA KEMAS Alor Terong. Sebagai pelajar yang pernah diiktiraf Cemerlang Praktikum, guru-guru berkenaan dijemput khas untuk berkongsi tips dan pengalaman mereka sehingga membolehkan mereka berjaya memperolehi dan mencapai status Cemerlang Praktikum. Moderator forum ini adalah Saudara Muhammad Solehuddin b. Abdul Roni, pelajar PISMP Semester 7. Forum ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Tuan Haji Hashim bin Asman yang sudi menyampaikan sijil dan cenderahati. Forum ini diharap dapat memberi input dan info yang bermakna kepada pelajar PISMP Semester 5 & Semester 7 dalam menghadapi dan mengharungi pelaksanaan praktikum.

Maklumat lanjut layari:- http://apps.emoe.gov.my/bpg/




Tiada ulasan:

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة