Khamis, 26 Februari 2009

PENGAJARAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM


PENGENALAN

Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Untuk memahami konsep pengajaran Mikro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro.

PENGERTIAN

Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini beerti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasii kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.

Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap menghasilakn pengajarn yang berkesan.

PRINSIP PENGAJARAN MAKRO

Antara prinsip pengajaran makro ialah:

v Objektif pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.

v Jumlah pelajar

Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.

v Strategi pengajaran

Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

v Jangkamasa Pengajaran

Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

v Bahan pelajaran

Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.

v Perbincangan dan refleksi

Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.

MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO

Ø Memberi keyakinan kepada guru

Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-gur baru. Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin

berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.

Ø Menguasai kemahiran mengajar

Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat mendedahkan para guru kepada beberapa jenis kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut setelah berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah.

Ø Mengenal pasti potensi guru

Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru penting sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin.

Ø Mengenal pastti kelemahan guru

Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah , guru berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya .

Ø Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama

Dalam sesi pengajaran mikro , setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut . Semua individu akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai guru atau pelajar . Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain .

APLIKASI PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

OBJEKTIF PENGAJARAN MAKRO

1) Memahami cirri-ciri perancanngan pengajaran makro

2) Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan

3) Mengaplikasikan ses pengajaran makro dalam bilik darjah

SITUASI PENGAJARAN MAKRO

1) Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid

2) Murid sebenar

3) Guru pelatih ,engajar sepenuh masa

4) Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar

5) Situasi sebenar pengajaran

6) Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO

Sebelum pengajaran

Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan aspek

penting dalam sesuatu pengajaran berkesan kerana akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan

masalah disiplin. Berikut ialah persediaan sebelum pengajaran makro:-

Rounded Rectangle: BAHAGIAN A  •	Maklumat guru pelatih •	Maklumat murid (bilangan, tahun, jantina) •	Tarikh/Masa •	Mata pelajaran •	Tajuk/Kemahiran •	Pengetahuan sedia ada •	Penggabungjalinan kemahiran •	Penyerapan ilmu •	Penyerapan nilai •	Hasil pembelajaran •	Sumber/bahan batu mengajara •	Penyebatian KBKK











Rounded Rectangle: BAHAGIAN C  •	Cacatan guru pelatih •	Refleksi •	Ulasan pensyarah penyelia •	Ulasan guru pembimbing


CARA MELAKSANAKAN SESI PENGAJARAN MAKRO

Sebelum melaksanakan pengajaran makro, adalah penting bagi seseorang guru pelatih mengetahui konsep pengajaran mikro. Ini kerana, pengajaran mikro terkandung juga dalam pengajaran makro.

Menurut Alien. D. dan Kyan K, pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula dan membuat komen sekali lagi.

Semasa pengajaran makro dijalankan, konsep-konsep berikut perlu difahami. Ini kerana konsep tersebut terkandung semasa pengajaran makro dijalankan.

* KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Cara-cara memulakan set induksi ini seperti menggunakan alat-alat bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali dan sebagainya. Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu pelajaran.

* Prinsip-prinsip kemahiran set induksi

ü Aktiviti ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampakan seterusnya.

ü Aktiviti ini dikaitkan dengan pengetahuan sedia murid ada.

ü Aktiviti-aktiviti set induksi harus boleh menarik minat dan perhatian murid.

ü Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid.

ü Aktiviti-aktiviti harus disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.

* Objektif-objektif set induksi

ü Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.

ü Membina aliran pemikiran murid supaya mereka bersdia mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan yang lepas.

ü Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid.

ü Menarik perhatian dan tumpuan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan.

ü Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.

ü Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktivit, tugas atau projek.

ü Membantu murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah dan bermakna.

* Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi

Kemahiran set induksi boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstrukturkan pengajran. Cara-cara melaksanakan set induksi ini adalah dengan merancang satu aktiviti pengajran yang berdasarkan empat bahagiaan tersebut. Alat bantuan mengajar harus disediakan dengan tujuan menambahkan kesan penyampaian set induksi. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam set induksi ialah:-

ü Aktiviti menarik perhatiaan

- menggunakan nada suara

- menggunakan alat Bantu mengajar

- menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata

- menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

ü Aktiviti mewujudkan motivasi

- membangkitkan rasa ingin tahu

- menggunakan teknik bercerita

- menunjukkan suatu aktiviti yang berguna

- menggunakan soalan mencabar

ü Aktiviti membuat perkaitan

- menyatakan had tugas yang akan dijalankan

- menggunakan satu siri soalan yang berkaitan

- menyatakan cara melaksanakan tugas

- menyatakan aktiviti tugas atau projek

ü Aktiviti menstrukturkan pengajaran

- mengaitkan pengetahuan lepas murid

- mengaitkan isi pelajaran baru

- mengaitkan peristiwa semasa

- mengaitkan minat dan pengalaman murid

* KEMAHIRAN MENYEBARKAN PENYOALAN

Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Kemahiran ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya.

* Prinsip-prinsip kemahiran penyoalan

* soalan-soalan yang dikemukakan

- aras soalan adalah sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid.

- Guru perlu merancang soalan-soalan pengajaran.

- Bahasa, perkataan, istilah adalah mudah dan dipelajari oleh murid.

- Soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid

- Soalan-soalan yang mendorong pemikiran murid.

* teknik mengemukakan soalan

- Guru kemukakan soalan dahulu supaya murid dapat faham, berfikir dan membuat keputusan menjawab soalan guru(berhenti sekejap) kemudian panggil nama pelajar jika tiada respon.

- Soalan-soalan yang dikemukan harus itu harus ditujukan kepada seluruh kelas kecuali mengawal disiplin dengan memanggil nama murid tertentu dan kemudiaan mengemukakan soalan.

* penerimaan jawapan murid

- Pujian perlu diberi kepada murid yang dapet menjawab soalan guru

- Elak daripada mengulang jjawapan murid oleh guru supaya murid dapat memberi perhatian kepada jawapan rakannya.

- Jika jawapan salah, maka guru boleh meminta rakan lain untuk membantu membetulkan jawapan itu.

* Komponen-komponen kemahiran penyoalan

Mempunyai 8 bahagiaan kemahiran iaitu :-

* Cara membentuk soalan

* Pengfokusan soalan

* Pelbagai hala fokus soalan

* Sebaran soalan secara serata

* Hentian selepas kemukakan soalan

* Melayan jawapan

* Memberi nasihat

* Mengcungkilkan jawapan.

* KEMAHIRAN PENGURUSAN PAPAN HIJAU

Kemahiran pengurusan papan hijau ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan hijau dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling berkesan. Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru.

* Prinsip-prinsip Kemahiran Pengurusan Papan Hijau

* Guru merancang terlebih dahulu penggunaan papan hijau seperti tempat menggantung gambarajah, ruang menulis isi pengajaran dan ruang kerja-kerja tulis.

* Guru perlu melatih kemahiran menulis dan melukis di papan hijau. Tulisan guru cukup besar, jelas dan boleh dibaca oleh murid.

* Kapur warna boleh digunakan untuk membezakan bahan atau idea penerangan.

* Penggunaan papan hijau harus berkembang sejajar dengan proses pengajaran dan merupakan salah satu alat bantuan mengajar.

* Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan papan hijau semasa aktiviti latihan atau pengukuhan pengajaran.

* Objektif-objektif Penggunaan Kemahiran Pengurusan Papan Hijau

* Guru dapat menggunakan papan hijau dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan.

* Menulis di papan hijau dapat menarik perlihatan murid dan menekankan kepentingan isi atau fakta pengajaran.

* Salah satu cara mevariasikan ransangan pengajaran

* Menjadi salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

* Komponen-komponen Kemahiran Pengurusan Papan Hijau

* Kejelasan tulisan/lukisan

- saiz tulisan, tepat tulisan

- Kemas dan boleh dibaca

- Gambarajah jelas, mudah dan ringkas

* Susunan kerja

- ruang tulisan, kedudukan gambarajah dan kerja-kerja lain adalah seimbang.

- Kedudukan tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid belakang kelas.

- Nnnota-nota dirancang dengan sistematik.

* Penonjolan dan penekanan

- guna lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid.

- Fakta penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya.

* Teknik persembahan

- Boleh membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami.

- Dapat memudahkan kefahaman konsep dan idea.

- Dapat melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas.

- Menggunakan papan hijau dalam masa-masa tertentu.

* KEMAHIRAN PENGUKUHAN

Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik. Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal. Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.

* Prinsip-prinsip Kemahiran Pengukuhan

* Bentuk pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik.

* Pengukuhan diberi sebaik sahaja selepas aktiviti positif.

* Pengukuhan negatif harus dielakkan.

* Jenis pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus sepadan dengan sumbangan.

* Cara memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.

* Objektif Kemahiran Pengukuhan

* Memotivasikan murid dalam pembelajaran.

* Memperkukuh sesuatu konsep, idea dan fakta pengajaran dan pembelajaran

* Memupuk semangat keyakinan murid-murid dalam pembelajaran

* Mengawal disiplin kelas dan membina sifat dan tingkah laku murid

* Menarik murid-murid lain turut serta dalam aktiviti kerana pujian guru.

* Komponen Kemahiran Pengukuhan

* Lisan Positif

- guru menggunkan lisan seperti baik, betul bagi memotivasikan murid

- guru meminta murid lain mengulang jawapan yang betul

* Gerakan isyarat positif

- guru menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain

- guru menarik nafas dan mimik muka

* Sentuhan guru

- guru pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu

- guru menyentuh kepala murid, bahu

- guru memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid

* Dampingan guru

- mendampingi murid dan bertanya khabar

- berdiri sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain

- duduk disisi murid atau kumpulannya.

* Lisan negatif

- mengeluarkan kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lain-lain.

- Memberi alasan seperti kurang jelas, tidak lengkap dll

* Gerak isyarat negatif

- muka yang marah atau menyindir

- menggeleng-geleng kepala

- mengangkat bahu dan membuka tangan

- menggoyang-goyangkan tangan

* KEMAHIRAN PENUTUP

Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan cara:-

* Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau.

* Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau.

* Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid.

* Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi.

* Pujian kepd murid-murid yang berkelakuan yang baik.

* Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran

* Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.

* PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENUTUP

* Aktiviti-aktiviti harus berkaitan dan susulan dari isi pelajaran, objektif pengajaran dan kemahiran murid-murid.

* Semua aktiviti penutup perlu memberi kesan kepada murid-murid sama ada penutup soasial atau penutup kognitif.

* Aktiviti penilaian dalam penutup pengajaran adalah lebih merupakan penilaian pencapaian objektif pengajaran pembelajran.

* OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP

* Memberi gambaran secara mudah tentang pembelajaran baru sesi itu.

* Mengukuhkan idea, konsep dan kemahiran yang baru dipelajari

* Melahirkan perasaan kejayaan dan pencapaian dalam sesi pembelajaran itu.

* Guru dapat mengetahui tahap pencapaian objektif pengajaran.

* KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP

* Penutupan Pengajaran yang berkaitan kognitif.

- membuat rumusan isi pelajaran.

- Mengulang fakta-fakta penting pembelajaran.

- Membuat penilaian atas apa yang di ajar.

- Menjalankan aktiviti pengukuhan.

* Penutupan Pengajaran yang bekaitan dengan sosial

- menimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian.

- Mewujudkan perasaan ingin tahu.

- Memberi motivasi kepada murid-murd.

- Mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran yang akan datang..

Tiada ulasan:

HAYATILAH

Hidup

Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.

Visitor Country

الى اللقاء مع السلامة