JADILAH HAMBA ALLAH YANG BERJAYA DI DUNIA YANG FANA INI SERTA DI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI.
Khamis, 26 Februari 2009
TEMUDUGA PERJAWATAN
Alhamdulillah, kelmarin (25 Februari 2009) saya telah selesai Temu Duga Pelantikan Jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) DG 41 bertempat di Bilik 2, Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Saya telah ditemu duga oleh Tuan Haji Mokhy bin Saidon, salah seorang ahli anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Antara soalan yang ditanya; Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kemahiran Bahasa Arab, JERI (Jasamani, Emosi, Rohani dan Intelek) dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa Arab, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu tentang sekolah kluster, Penyata Razak dan Ketuanan Melayu. Boleh tahan susah juga.....dengan provokasi.....dari penemuduga.....buat rakan-rakan yang belum ditemu duga dan yang tidak lengkap dokumen.....selamat ditemu duga, sama-samalah kita berdoa supaya dilantik menjadi Pegawai Tetap. Bersedialah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hidup
Kehidupan didunia amat indah akan tetapi keseronokan di alam akhirat sudah tentu menggembirakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan